suria

Ustazah asyik kena ‘ghosting’, belum layak bahagia... Rupanya ramai lelaki angkat kaki lepas tahu kerja guru Kafa

Setiap wanita mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

SETIAP individu mempunyai cita rasa dan pilihan sendiri dalam mencari calon suami atau isteri.

Rupa paras dan personaliti merupakan antara faktor yang dijadikan ukuran awal dalam mengenali hati budi seseorang.

Bagaimanapun seorang wanita meluahkan kekecewaan apabila ramai lelaki yang ditemuinya tidak berminat dengannya hanya kerana dia bertugas sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

“Salah ke kerja guru Kafa? Apabila berkenalan dengan orang baharu, tahu je kita ni guru Kafa, terus ghosting.

“Tahulah gaji kita kecil,” luahnya dengan nada kecewa.

Hubungan cinta berakhir dengan perkahwinan. -Gambar hiasan

Ghosting’ merupakan terma yang mana perbuatan memutuskan segala pertalian dengan seseorang seperti melalui tidak memberi respons kepada panggilan, mesej dan media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Crush’ dengan guru ganti masa umur 15 tahun, 10 tahun kemudian lelaki ini pasang strategi selepas tengok cikgu ‘tiada foto dengan suami’ di FB - “Cukuplah dia hilang sekali”

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu andartu beranikan diri jumpa nenek Batu Pahat, mandi bunga harap dapat jodoh... Pergi sekolah terus terima hadiah!

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah tindakan segelintir pihak memperlekehkan profesion guru Kafa, yang selama ini menjadi sumber rezekinya.

“Kalau nikah pun, bukan jadi ketua keluarga pun. Hina ke guru Kafa ni?” soalnya lagi.

Tiada keserasian menjadi punca hubungan berakhir. -Gambar hiasan

Walaupun tidak bergaji besar seperti sesetengah pekerjaan lain, namun dia amat bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ini termasuklah hasratnya untuk membahagiakan ibu bapa sendiri.

“Alhamdulillah, kita cukup je makan minum. Bagi duit kat mak ayah,” katanya lagi.

Ciri lelaki ghosting tu bukan bersifat ketua keluarga.

NETIZEN

Luahan guru itu meraih simpati netizen yang memahami kesedihan yang selama ini terbuku di hatinya.

Rata-rata mereka memberikan kata semangat untuk terus bersikap positif, terutama mengangkat kerjayanya ke satu tahap lebih tinggi.

Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan

“Awak antara orang mulia memberi kesinambungan ilmu agama kepada generasi seterusnya. Saya doakan awak jumpa dengan jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.

“Tak salah pun, janji ada pekerjaan dan ia halal. Mungkin mereka lebih mencari pasangan yang ada kerjaya dalam bidang tertentu. Jadi, teruskan mencari dan berkenalan.

“Anak buah aku baru je nikah dengan guru Kafa, orangnya cantik dan berbudi bahasa elok je aku tengok. Tak tahulah kot ada yang pandang rendah guru Kafa ni low class. Pergi dah, jenis manusia tak reti bersyukur,” demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, netizen turut menyelar tindakan lelaki yang tidak berminat dengan guru berkenaan hanya kerana dia bergaji rendah.

“Tak ada masalah perempuan gaji kecil. Jantan (lelaki) kalau nak perempuan duit lebat itu biawak. Yang pergi tu mungkin sebab lelaki tu tak rasa tak layak untuk guru Kafa. Lelaki yang berilmu takkan rasa terancam dengan guru Kafa.

“Baguslah dia ghosting. Sebab ciri lelaki ghosting tu bukan bersifat ketua keluarga,” ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain