suria

Pemuda dihina selepas mengaku mahu calon isteri cantik, sedia keluar duit asalkan bergaya macam arwah ibu

Seorang lelaki dikecam hanya kerana berkongsi ciri-ciri wanita idaman untuk dijadikan isteri. - Gambar hiasan

SUDAH pasti setiap individu mahu mengecapi nikmat hidup berumah tangga dan ada kriteria yang diingini.

Di media sosial, ramai yang cuba mencuba nasib mencari jodoh dengan menyatakan ciri-ciri tertentu untuk bakal suami atau isteri.

Begitu juga dengan pemuda ini yang mencari seorang wanita yang cantik paras rupa untuk dijadikan permaisuri hati tetapi menimbulkan rasa kurang senang sesetengah warganet.

xw

Setiap orang patut menjaga adab apabila membuat hantaran di media sosial.

"Wah korang ni, aku request yang lawa pun marah. Aku yang nak tengok sebelah tiap-tiap malam, mestilah nak yang lawa somehow. For context, arwah mama aku bergaya ya sampai tua. Tak ada istilah nak malas-malas tak bersiap ni. If you argue kata kena bagi duit itu ini, ya aku mampu," ujarnya dalam akaun X.

Hantarannya itu mendapat perhatian ramai namun seorang pengguna laman X menjadi perhatian apabila membalas ciapan itu dengan kata-kata yang dianggap tidak wajar dan menghina.

"Tapi rupa kau macam product yang direject kilang with deformed face yang hanya mak kau boleh tatap lama-lama. With that smile on your face orang boleh terfitnah kau mungkin ada autisme. But you do you!" demikian komennya.

ARTIKEL BERKAITAN:Jutawan tudung sedih kena ‘face shaming’, sensitif netizen hina ciptaan Allah... Tak paksa orang beli produk harga kayangan

ARTIKEL BERKAITAN:Jangan malu guna ‘dating app’ untuk cari jodoh, cuma ingat 5 perkara ini sebelum buru cinta si dia

Dalam hantaran yang sama, pemilik akaun tersebut turut melenting dengan komen-komen netizen yang mengecamnya dengan menyatakan mereka cuma berlagak baik, hakikatnya tidak.

"Korang ni kecam-kecam aku padahal setuju kan dengan kenyataan aku. Tak ada beza dengan komen-komen perempuan memuji dekat video perempuan gemuk hodoh. Kamu semua just act good sebab nak rasa diri tu bagus tapi hati tau dan setuju laki tu buruk," balasnya,

Hantarannya itu meraih 3.3 juta tontonan dan kebanyakannya marah serta panas hati berdasarkan reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen.

Cakap rupa dia macam autisme? Hina Tuhan ke sebab Tuhan dah cipta dia macam tu.

WARGANET

"Tak baiknya mulut awak. Itu kehendak beliau. Sekurang-kurangnya, beliau ada keyakinan untuk letak wajah sendiri berbanding awak yang menyorok di sebalik wajah Taylor Swift.

"Tapi rupa abang ni okay je. Takde la rupa pecah rumah ke apa. Nampak baik je, dia nak yang cantik di mata dia and sanggup provide untuk mantain kecantikan wife. Apa masalahnya? Kenapa you bitter? Sebab you rasa you tak cantik? Insecure?

"Jangan main mak-mak, sebab mak dia dah meninggal. Dia nak isteri cantik, itu hak dia. Dia yang nak hidup dengan orang tu seumur hidup. Orang lain tak boleh ada preference ke? Lagi satu kenapa cakap rupa dia macam autisme? Hina Tuhan ke sebab Tuhan dah cipta dia macam tu," antara komen warganet.

WhatsApp Image 2024-04-19 at 16.48.52

Komen warganet di X.

Netizen turut membanjiri komen seolah-olah menjadi sandaran kepada lelaki yang cuba mencari jodoh di laman X.

"Dia nak bini lawa and dia setuju nak bagi bini duit untuk maintain. Kau ni kenapa melalut menghina sampai autism bagai. Baru habis puasa seminggu lepas, terus tak behave kesyaitanan dalam hidup engkau ya. Buat malu sahaja.

"Padahal laki itu tak ada kacau siapa-siapa pun. Kutuk muka dia, yang dapat dosa kau. Lol ! Im a woman and i have never defended men, you're too ridiculous.

"Cantik ni subjektif sebenarnya. Bagi kita maybe tak cantik, bagi dia cantik. So kita pun tak tau bro ni punya definisi cantik. Asalkan bagi dia sedap mata memandang. Ada yang nak cantik European look, Chinese look, middle Eastern look, malay look. Lantak, asalkan cukup sifat," komen netizen di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain