TIDAK dinafikan, terdapat segelintir kaum lelaki yang bergelar suami bersifat agak 'berkira' dengan keluarganya atas alasan kekangan kewangan. Mungkin boleh diterima jika keinginan isteri terhadap sesuatu barangan seperti barang kemas, beg tangan dan sebagainya terpaksa ditolak kerana si suami lebih mementingkan keperluan berbanding kehendak. Namun, sesuatu yang tidak dapat diterima akal jika makanan dan keperluan penting untuk keluarga pun terpaksa 'dicatu' gara-gara si suami terlalu kedekut! Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita apabila bersuamikan seorang lelaki yang bukan sahaja berkira malah panas baran. Kisah wanita tersebut dikongsikan oleh jirannya menerusi satu hantaran di Facebook. Isteri sewajarnya dihargai kerana telalu banyak berkorban untuk keluarga. -Gambar hiasan "Saya kesian tengok jiran saya ni, suami dia driver... tiga hari outstation baru balik. Tiap hari diaorang gaduh, kami laki bini selalu dengar suami dia maki, herdik. "Baru-baru ni kami dengar 'Tempat tinggal, makanan, dua helai baju pasang setahun saja. Kau minta syampu itu bukan nafkahlah b***. Pakai syampu rambut buruk juga'. "Saya selalu nampak dia jemur 'napkin' (lampin)... kadang nampak sikit sisa darah sebab dia tak pernah pakai pad (tuala wanita). Pernah dengar mereka gaduh pasal pad. Tetap suami dia kata pad bukan nafkah. Allahu," kongsinya dalam satu grup Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Suami dah genggam penumbuk, suara bergetar tahan marah! Geram pakcik jiran sekampung tuduh asyik kerja sampai susah dapat anak ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jiran dari neraka’! Wanita berang luar rumah jadi ‘tapak pelupusan sampah’ sampai terburai, berulat... Tegur tak jalan, terus kasi ‘notis’ Paling menyentuh hati wanita tersebut apabila anak kecil jirannya pernah merengek kelaparan gara-gara tidak cukup makan. "Ada masanya anak kecil dia tu kuat makan, jadi lauk cepat habis. Terpaksa dia tebal muka minta dekat kami. "Memang suami dia bagi ngam-ngam untuk tiga hari saja makanan tu. Kalau habis, habislah. Si isteri ni kata suami dia kira makanan dua kali sehari, jadi sekurang-kurangnya enam kali makan dalam tempoh tiga hari. "Kadang masa suami jiran berborak dengan suami saya pun sempat dia maki bini dia bila bini dia cakap lauk habis. Katanya nafkah makan dua kali je (sehari), kalau habis pandailah hidup... siapa suruh tak jimat. "Bila suami saya tegur kenapa maki bini, dia 'ajar' balik suami saya... kata jangan manjakan isteri. Suami saya dah lama geram dengan jantan ni," luahnya. Masih ada lagi isteri penyabar dan sanggup bertahan walau dimaki dihina. Kuat sungguh kesabaran dia. NETIZEN Dedah wanita itu lagi, sepanjang setahun berjiran dengan pasangan berkenaan, dia sering membantu si isteri dengan membelikan syampu dan tuala wanita setiap kali suaminya keluar bekerja. Apa yang membuatkan dia lebih geram dan sakit hati apabila mengetahui suami kepada jirannya sering menikmati makanan yang lazat sedangkan anak dan isteri sendiri terabai. Suami saya ada save number dia (suami jiran). Dekat status (WhatsApp) makan luar mewah-mewah, sedap-sedap. Anak dekat rumah kebulur makan catu. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian kisah berkenaan. "(Dia) pakai lawa-lawa... untuk bini ambil baju yang orang sedekah dekat surau," luahnya lagi. Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib jirannya itu. "Kenapa masih ada lelaki macam ni? Apa motif kahwin tapi nak dera anak bini? Suruhlah jiran awak tu pergi pejabat agama. Awak pun boleh jadi saksi. "Masih ada lagi isteri penyabar dan sanggup bertahan walau dimaki dihina. Kuat sungguh kesabaran dia. "Kejam sungguh kau ye jantan. Allah nampak setiap perbuatan kau. Tak dapat balasan di dunia, di akhirat nanti kau mendapat," demikian komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube