suria

Mat salih tak suka Bukit Bintang sebab sesak, ramai manusia - “Kamu jangka orang sini masih tinggal atas pokok?”

Pelancong ini berkata dia tidak menggemari Bukit Bintang yang dipenuhi ramai pengunjung.

IBU kota Kuala Lumpur sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Apatah lagi di kawasan yang meriah seperti Bukit Bintang, dari pagi hingga ke malam ia sentiasa dibanjiri dengan manusia.

Terbaharu, seorang pelancong warga asing meraih perhatian rakyat Malaysia apabila dia berkongsi tentang kunjungannya ke Bukit Bintang.

People celebrate together inconjuction of 2024 New Year Celebration at Bukit Bintang, Kuala Lumpur. — FAIHAN GHANI/The Star

Bukit Bintang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung, khususnya pada waktu malam. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia tidak menggemari persekitaran Bukit Bintang yang dianggapnya sebagai lambang kapitalisme.

"Apa yang sedang berlaku? Saya mengalami ransangan berlebihan di tempat ini. Ia sangat gila. Saya tak tahu sekiranya ia hari cuti umum atau hanya Ahad.

"Terdapat ramai sangat orang di luar. Tak menyukainya. Sama macam lintasan Shibuya (Jepun) Inilah lambang kapitalisme. Tak membuatkan saya rasa tenang.

Ini kali pertama saya datang. Harap kamu faham yang pengalaman kita boleh jadi berbeza.

PELANCONG

"Sudah pasti ini bukan kegemaran saya. Tapi saya berada di sini pada masa ini, jadi saya terokai saja," ujarnya.

Video TiKTok pelancong itu turut dipenuhi komen segelintir rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan tersebut.

"Tolong buat kajian dan tengok video TikToker lain tentang Bukit Bintang. Kalau kamu tak suka kawasan yang sesak, tempat ini bukan untuk kamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih merungut orang Malaysia tak beri layanan istimewa, malah rasa diri dibenci... Di Thailand semua ‘murah’ senyuman

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih mengaku pandai cakap Melayu sebab banyak makan sambal belacan, sebut je budu terus ‘speaking’ Kelate

"Kamu datang ke bandar Kuala Lumpur. Apa yang kamu jangka? Orang tinggal atas pokok dan masih memburu haiwan?

"Kenapa mat salih asyik buat video tentang Malaysia?

"Terkejut kerana kamu sangka Malaysia masih negara dunia ketiga?" ujar netizen sinis.

Membalas komen netizen, pelancong itu berkata ini merupakan kunjungan pertamanya dan dia hanya mahu meneroka ibu kota meskipun ia kurang sesuai dengan jiwanya.

The  national flag display through digital lights in conjunction with the 66th national independence day celebration in Bukit Bintang, Kuala Lumpur.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Kemeriahan Bukit Bintang menyebabkan ia sering menjadi tumpuan pelancong. -Gambar hiasan

"Ini kali pertama saya datang. Harap kamu faham yang pengalaman kita boleh jadi berbeza. Saya mengalami deria luar biasa dengan cahaya, bunyi dan jumlah manusia.

"Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman, bukannya menghakimi. Saya perlu melihat (ibu kota) sekurang-kurangnya sekali," jelasnya di ruangan komen.

Pelancong itu turut mendedahkan dia merancang untuk melawat kawasan lain di Malaysia yang tidak sesibuk Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain