suria

Ramai bantah anak ubah suai rumah mak ayah, sampai nak mohon personal loan - “Buat apa renovate, nanti jadi harta pusaka”

Ada segelintir individu membuat pinjaman peribadi bagi tujuan ubah suai kediaman. -Gambar hiasan

MENJADI impian setiap anak untuk membalas jasa serta menggembirakan orang tua mereka apabila sudah melangkah ke alam pekerjaan.

Tidak terkecuali individu ini yang berhasrat untuk melakukan pengubahsuaian (renovation) kediaman ibu bapanya di kampung agar lebih selesa.

Menurut individu tersebut, dia merupakan seorang penjawat awam yang baru bertukar status daripada kontrak kepada tetap dan bercadang mahu membuat pinjaman peribadi bagi merealisasikan hasratnya itu.

"Saya penjawat awam yang baru kerja empat tahun. Tiga tahun sebelum ini saya bertaraf kontrak. Baru tahun lepas tukar ke tetap.

"Saya tak pernah buat personal loan sebelum ini. Sekarang ada keperluan nak ambil personal loan bagi tujuan renovation rumah orang tua di kampung," tulisnya dalam satu grup di Facebook.

Tambah individu yang tidak mendedahkan identiti diri ini, disebabkan tidak mempunyai pengalaman dan kurang arif mengenai pinjaman peribadi, dia membuat perkongsian di laman sosial bertujuan meminta pandangan warga maya.

reno 2

Sudah banyak perkongsian oleh individu yang menyesal gara-gara membuat pinjaman peribadi sehingga akhirnya muflis. -Gambar hiasan

"Saya tak jelas sejauh mana kesan personal loan ni untuk jangka masa panjang.

"Nak guna saving sendiri untuk renovation rumah orang tua, saving tak berapa cukup lagi.

"Tapi hati kesian juga pada orang tua... nak happykan diorang," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat ‘loan’ RM50,000 nak balas jasa, rupanya ibu terjerat MLM... Kemaruk nak cepat kaya sebelum pencen!

ARTIKEL BERKAITAN: Terjerut hutang 120K, wanita jatuh tersungkur... Cuba bangkit tapi suami, anak pula buat hal

Hantaran individu berkenaan mengundang perhatian netizen yang tampil memberikan pelbagai cadangan dan pandangan.

Bagaimanapun rata-ratanya menasihatkan supaya individu berkenaan mempertimbangkan kembali hasrat untuk membuat pinjaman peribadi bagi mengelakkan masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Elakkan daripada renovate rumah ayah ibu di kampung. Nanti melopong di kemudian hari. Loan terpaksa bayar tapi rumah orang lain duduk.

NETIZEN

"Baru bekerja, jauh lagi perjalanan dan tidak perlulah buat loan untuk renovation. Sekarang ni semua mahal dan fikir untuk jangka panjang... risau terbeban dengan kos hidup tinggi sekarang.

"Tanda tempah derita mental siap-siap... jiwa tak tenang.

"Saving tak cukup, buat sikit-sikit tuan. Takut buat hutang, rumah tak siap... sakit kepala," komen netizen.

Selain isu kenaikan kos sara hidup yang tinggi, netizen juga berpandangan sikap 'baik hati' individu berkenaan dikhuatiri memakan diri dan mungkin terjerumus konflik dengan adik-beradik lain di kemudian hari.

KOMEN RENO

Sebahagian netizen menyarankan individu berkenaan agar membatalkan hasratnya untuk membuat pinjaman peribadi.

"Saya dah baca banyak kes yang menyesal buat loan renovate rumah orang tua. Kalau awak anak tunggal, silakan. Tapi kalau masih ada adik-beradik lain, please jangan!

"Elakkan daripada renovate rumah ayah ibu di kampung. Nanti melopong di kemudian hari. Loan terpaksa bayar tapi rumah orang lain duduk.

"Buat apa nak renovate, nanti jadi harta pusaka. Kalau ada duit lebih, silakan... tapi kalau sampai berhutang tak payah kot," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain