KEMERIAHAN sebuah majlis perkahwinan berakhir dengan insiden kekecoahan antara pihak keluarga kedua-dua pengantin. Semuanya gara-gara wang 'salam kaut' yang mencecah hampir puluhan ribu ringgit. Salam kaut merupakan tradisi pemberian wang sagu hati atau sedekah seikhlas hati kepada tuan rumah yang menganjurkan majlis. Berkongsi cerita, individu berkenaan berkata adik lelakinya yang bekerja sebagai pemandu lori mendirikan rumah tangga pada hujung April lalu. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Bertemu jodoh dengan kerani, majlis perkahwinan yang dianjurkan keluarga pengantin perempuan berlangsung secara mewah. "Adik aku yang uruskan semua, daripada homestay banglo tiga buah rumah untuk kami dan famili mentua dia. Aku ingat dia yang bayar sebab dia kata dia yang urus majlis daripada akad nikah, majlis berinai dan kenduri kesyukuran. "Mewah kat banglo homestay, sewa sampai tiga buah untuk empat hari. Adik aku kata semuanya habis dekat RM35,000," katanya menerusi satu hantaran di laman X. Menyaksikan kehadiran hampir 1,500 tetamu, katanya, kedua-dua keluarga pengantin menerima duit 'salam kaut' berjumlah RM18,000. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut tuan kenduri hadap duit ‘salam kaut’, siap ada syarat kedatangan - “Setakat RM10 hang datang laki bini bolehlah” ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin rancang ‘salam kaut’ moden, lagi senang pamer kod QR depan pintu... Ramai bantah, anggap macam mengemis! Namun, isu berbangkit apabila pengantin lelaki menyerahkan semua wang tersebut kepada keluarga mentua sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak keluarga lelaki. "Keluarga aku rengsa, mak aku bising. Aku dan tiga kakak pergi berbincang dengan kakak ipar, marah dia sebab macam tak patut keluarga mereka ambil duit salam. "Majlis pun adik aku bayar. Bermasam muka kami semua. Adik dan adik ipar aku tak tahu cerita. Balik rumah, adik aku kena 'basuh' (bebel) dengan mak aku," ujarnya. Aneka juadah dihidangkan kepada tetamu. -Gambar hiasan Setelah 'disiasat', rupanya adiknya dan isteri hanya membelanjakan RM7,000 untuk pelamin, mekap dan baju sanding, manakala selebihnya ditanggung sepenuhnya oleh kakak ipar pengantin lelaki. Pertelingkahan nampaknya berterusan apabila keluarga pengantin perempuan mahu memboikot majlis di sebelah pengantin lelaki. "Bulan ni, majlis sebelah keluarga kami. Adik ipar aku kata, keluarga dia semua tak mahu hadir. Ayah aku dah mengamuk maki kami dan mak aku. Kenduri belah perempuan, yang keluarga lelaki sibuk nak minta salam kaut belah sana buat apa? NETIZEN "Adik aku nak batal majlis, bini dia cuba pujuk keluarga dia pun tak jalan. Aku mesej kakak tu, cakap kami tak tahu, jujur satu kesilapan. "(Sebelum ni) kakak aku yang lain ada cakap... sebab tu tak mahu kahwin dengan orang susah, semua nak buat harta depa. Sebabnya keluarga adik ipar aku memang asal susah dulu," katanya. Mengulas lanjut, katanya, keluarga pengantin lelaki tidak menyangka sebahagian besar perbelanjaan kahwin ditanggung oleh kakak pengantin perempuan kerana perwatakannya yang merendah diri dan tidak banyak bercakap. Seorang wanita mengira perbelajaan majlis. -Gambar hiasan "Dia (kakak ipar pengantin lelaki) balas mesej aku pagi tadi, dia cakap... I tak sepatutnya peruntukkan banyak duit dan masa untuk orang macam keluarga kamu. "Mak aku dah menangis, adik aku dah marah-marah buat keluarga mentua dia macam tu," katanya. Menerusi ruangan komen, rata-rata terkejut dengan tindakan keluarga pengantin lelaki yang membangkitkan isu duit 'salam kaut' sedangkan majlis dianjurkan oleh keluarga pengantin perempuan. "Kenduri belah perempuan, yang keluarga belah lelaki sibuk nak minta salam kaut belah sana buat apa? Kemaruk duit betul. Masa kenduri belah korang, nak tidur atas duit 'salam kaut' tu pun tak ada siapa nak kisah. "Adik kau baru kahwin, tapi awal-awal lagi korang satu keluarga kurang ajar dah menyibuk hal rumah tangga dia. Bodoh berganda pergi serang adik dan ipar kau. "Itu majlis belah perempuan kan, salam kaut memang dapat kat keluarga perempuanlah. Tamak haloba famili lelaki pun! Tunggulah majlis sebelah lelaki, kautlah salam banyak-banyak ikut sesuka hati," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube