KOS sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpaksa hidup dalam keadaan bersederhana. Malah, ramai yang mula mengubah gaya hidup agar tidak terus terbeban dengan situasi ekonomi mencabar pada hari ini. Di TikTok, seorang wanita dikenali sebgaai Mommy Nad Deen berkongsi tentang dirinya yang mula berbelanja di pasar borong sebagai satu langkah penjimatan. Sayur dan makanan laut boleh dibeli dengan harga lebih murah di pasar borong. "Adjusting life dengan harga barang yang melambung. Keluar seawal 3 pagi untuk ke pasar borong di Meru untuk beli barang-barang basah. "Sebelum ni beli dekat supermarket. Nak jimat, kena berkorban sedikit masa dan tenaga. Hidup ini 'keras', pilihan di tangan kita untuk sesuaikan dengan kehidupan yang 'keras'. "Peniaga baru start punggah barang-barang jualan mereka. Pukul 4 pagi masa yang terbaik sebab semua bahan basah mereka dah keluarkan. Kami pergi awal 3 pagi sebab takut terlena," ujarnya. Ini cara kami cuba kurangkan bil perbelanjaan barang dapur bulanan. Berbaloi walaupun kepenatan tidur dua jam je dan mengemas sampai Subuh. MOMMY NAD DEEN Menurut wanita itu, harga barang basah di pasar borong lebih murah berbanding harga di pasar raya, menyebabkan dia tidak kisah untuk keluar membeli seawal 3 pagi. "Macam-macam jenis sayur, murah-murah je. Beli terung, serai, cili merah, cili hijau, entah apa sayur lagi yang dicapai, total tak sampai RM20. Lebih kurang lima jenis sayur. 1 kilogram (kg) cili setiap satu. "Ikan macam-macam jenis, dapat makan ikan sedap sikit bila beli kat pasar. Jenahak seekor RM40. Kalau pasar raya, seekor dua je dah cecah belas ringgit. Udang saiz L RM18 hingga RM20 sekilo. Pasar raya RM30 lebih. ARTIKEL BERKAITAN: Beri sumbangan barang dapur, tersentak 4 beradik yatim tanya mi segera perisa ayam - “Memasak pun terpaksa tumpang rumah jiran” ARTIKEL BERKAITAN: Beri barang dapur sebagai hantaran, pasangan usahawan pekakkan telinga orang mengata! Mak andam, jurufoto pun tiada... Janji jimat kos! "Sebelum ni asyik makan ayam. Sebulan sekali beli seafood, tu pun groceries sebulan dekat RM1,200 hingga RM1,300 bila berbelanja di pasar raya," ceritanya lagi menerusi perkongsian tular itu. Tambah wanita itu, dia juga boleh membeli beberapa jenis makanan laut pada harga kurang RM200 di pasar borong, sekali gus menjimatkan perbelanjaan bulanannya. "Alhamdulillah penuh troli. Dapat 2kg udang, 2kg sotong, 1kg ketam dan empat jenis ikan. Cukup tiga minggu makan untuk lima orang makan. Pasar borong menawarkan harga berpatutan berbanding pasar raya biasa. "Hasilnya jumlah keseluruhan termasuk sayur RM189. Cukup untuk tiga minggu. Biasa pergi pasaraya RM200 apa je dapat? Jom kita cuba jimat selagi boleh jimat. Makan sedap, jimat 50 peratus kewangan. "Ini cara kami cuba kurangkan bil perbelanjaan barang dapur bulanan. Berbaloi walaupun kepenatan tidur dua jam je dan mengemas sampai Subuh. Jimat 50 hingga 60 peratus," ujarnya lagi. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka dan bersetuju dengan perkongsian wanita itu. "Betul tu puan. Dulu hanya pergi supermarket, hanya sebulan sekali makan seafood. Selepas kenal pasar pagi, tiap minggu makan seafood. "Sebelum kahwin saya membeli di supermarket. Lepas kahwin suami memang rajin bawa pergi pasar. Murah, jimat, fresh, halal tanpa ragu-ragu. "Ini kebiasaan saya dan keluarga di Klang. Balik pakat siang ikan," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube