suria

Bisnes merudum, ‘Honda ketam’ kebanggaan kena tarik... Suami tersentak lihat tangisan isteri saat kunci diserah

Ramai yang terjebak dengan hutang pinjaman kereta gara-gara tidak mampu membayar komitmen yang tinggi. -Gambar hiasan

SETIAP manusia pasti tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Namun apa yang penting adalah belajar daripada pengalaman lalu dan terus melangkah ke hadapan untuk membuka lembaran baharu.

Begitulah juga kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang terjerut hutang sehingga keretanya ditarik, gara-gara perniagaan yang diusahakannya jatuh merudum.

"Saya pengguna kereta H (Honda). Sejak tahun lepas, memang ada masalah bayaran bulanan memandangkan bisnes online saya drop (jatuh) teruk.

"Ada bulan okay, ada bulan 'senak'. Empat tahun lebih dah pakai masuk tahun ni.

"Isnin minggu lepas, sedang bersantai-santai depan TV dengan anak bini, tiba-tiba ada repo (repossession) datang sayup-sayup depan pagar rumah. Terkejutlah kami laki bini. Saya acah-acah tenang. Bisik dekat bini 'orang tarik kereta datang'.

"Saya keluarlah. Discuss dengan repo. Dua orang. Saya tak nak jiran kiri kanan tahu. Jadi berborak dengan dia pun santai. Slow talk. Repo pun faham. Dia pun slowtalk je," kongsinya.

pic 3

Masalah hutang merupakan salah satu punca yang menyebabkan seseorang mengalami depresi. -Gambar hiasan

Bagaimanapun ketika perbincangan bersama dua individu tersebut berjalan dengan tenang, isterinya secara tiba-tiba masuk campur sehingga membibitkan salah faham.

"Terus kecoh macam nak gaduh. Padahal repo tadi, rileks je discuss dengan saya.

"Saya mintak izin repo untuk masuk kejap bincang dengan bini. Bini call Bank **** untuk double confirm. Saya pula call kawan untuk minta nasihat.

"Bini dah nangis-nangis. Saya tetap slowtalk dengan dia dan kata 'ujian kita ni B... tak pe la, bagi je kereta dekat dia'.

"Lalu, offer repo untuk settle tepi tadi tak dapat dilakukan. Terpaksalah juga saya serahkan kunci dan mereka beransur," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta jenama H ‘full spec’ dalam tangan, graduan gaji 5k tambah pula 2 kad kredit! Tahu-tahu hutang cecah RM20,000 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Demi bayar hutang ah long, sekeluarga ‘hilang’ kereta... Isteri anggap ada hikmah, suami berhenti merokok nak berjimat

Lelaki tersebut menambah, dia bertuah kerana pada waktu yang benar-benar sukar, masih ada sahabat yang sudi menghulurkan bantuan dengan meminjamkannya wang berjumlah RM6,000.

Wang tersebut digunakan sebaiknya untuk menyelesaikan hutang kereta yang tertunggak berjumlah RM3,363 selain bayaran lain.

Baguslah dah tersedar. Pakai je kereta biasa. Baru bisnes goyah sikit, dah 'lekat' nak bayar hutang kereta.

NETIZEN

"Selesai je dapat kereta, tanpa membuang masa, saya terus minta kawan saya uruskan untuk jual kereta saya memandangkan dia ejen jual kereta.

"Selang beberapa hari, kawan saya update, kereta dah dapat beberapa offer harga untuk dibeli daripada beberapa ejen used car. Lalu, diserahkan kunci secara 'rela' pada tarikh 29 April 2024.

"Lagi sekali nampak wife menangis. Terus tanam tekad, aku nak naikkan balik bisnes ni jadi macam dulu.

"Tamatlah sudah 'serabut bulanan saya' sejak tahun lepas walaupun ianya adalah first archivement saya yang saya sayang. Bye bye 'Honda ketam'," kongsinya lagi merujuk kepada model Honda Civic yang lampunya berbentuk seperti kaki ketam.

Belajar daripada pengalaman, lelaki itu turut berkongsi enam pengajaran berharga daripada kisahnya agar dapat dijadikan iktibar oleh orang lain.

pic 2

Perkongsian kisah lelaki berkenaan mendapat reaksi positif daripada netizen.

"Pertama, janganlah beli kereta 'mewah' kalau tak ada deposit tinggi; kedua, jangan percaya 'settle tepi' daripada mana-mana penarik kereta ataupun apa-apa 'settle tepi'.

"Elakkan perempuan, isteri atau mak dalam diskusi; keempat, jangan tangguh hutang; kelima, jual saja (kereta) kalau setahun nampak mengorek mengais dan keenam, respect orang yang melakukan tugas masing-masing," akhirinya.

Hantaran yang dikongsikan di sebuah laman grup Facebook itu meraih 135 shares, selain dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya sependapat dengan mesej yang disampaikan lelaki tersebut.

"Satu je. ikut poket sendiri. Jangan lebih ikut orang. Bukan apa, kita tak tahu apa yang terjadi kemudian hari. Tak apa lah, pengajaran untuk kita.

"Saya dulu pernah beli kereta BMW. Tahan pakai setahun, lepas tu kena tarik. Sejak tu serik dah... pakai Kancil je dan slow slow upgrade ke Saga baru.

"Baguslah dah tersedar. Pakai je kereta biasa. Baru bisnes goyah sikit, dah 'lekat' nak bayar hutang kereta. Itu tanda bro belum mampu untuk pakai kereta H," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain