suria

Seolah-olah sengaja tunjuk diri, selepas dipandang terus lesap! Gadis terubat rindu jumpa 2 individu mirip arwah datuk di Makkah

Seorang lelaki yang menaiki skuter di Makkah dikatakan memiliki wajah mirip arwah datuk Mimi.

PERASAAN rindu terhadap insan yang telah tiada di dunia ini sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Malah, tiada apa yang dapat kita lakukan untuk mengubati kerinduan itu selain mengirimkan doa dan menziarahi pusara.

Di TikTok, seorang gadis dikenali sebagai Syahira Mimi, 21, berkata rasa rindu terhadap arwah datuknya terubat selepas dia berkunjung ke Tanah Suci Makkah tahun ini.

WhatsApp Image 2024-05-01 at 10.46.10 AM

Mimi mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya.

Menerusi perkongsian tular itu, dia yang senang disapa Mimi mendakwa terserempak dengan individu yang memiliki wajah mirip arwah datuknya.

"Tiba-tiba pergi umrah jumpa dua orang berlainan yang muka iras tok ayah. Pertama, jumpa depan Kaabah ketika tawaf. Dia mungkin imam Makkah sebab ada penjaga sekeliling beliau.

"Kami macam perlahankan pergerakan nak bagi beliau lalu. At first tu beliau dah pandang kami tapi tak perasan lagi. Kali kedua, perasan muka beliau sama macam arwah tok.

Lama juga dapat tengok masa tu sebab kami lalu sebelah-menyebelah.

SYAHIRA MIMI

"Masa tu beliau terus pandang depan dan tak pandang kami dan terus hilang," ujarnya yang mengerjakan umrah bersama keluarga pada 29 Februari hingga 11 Mac.

Bercerita lanjut kepada mStar, Mimi berkata kejadian sama berulang sekali lagi di tanah suci Makkah, namun melibatkan individu berbeza.

"Dan seorang lagi jumpa ketika saie, dia di atas skuter. Lama juga dapat tengok masa tu sebab kami lalu sebelah-menyebelah.

ARTIKEL BERKAITAN: UAI tergelak jemaah kuliah tanya soalan lucu, wajah mirip pelancong Cina jadi perhatian... Janggut dan kopiah putih pun sama!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jati Kuching miliki wajah mirip D.O (EXO), akui memang minat K-Pop tapi tak sampai fanatik - “Ingatkan kawan-kawan bergurau je dulu”

"Sampai saya habis dulu saie pun boleh tengok lagi. Kiranya tak hilang macam tu je. Kedua-dua kejadian ini berlaku hari berlainan," ujarnya lagi.

Menurut Mimi yang berasal dari Kelantan, arwah datuknya meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun lalu.

Hantaran tular itu menerima lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi kejadian serupa yang dilalui ahli keluarga mereka ketika berada di tanah suci.

mimi

Kisah di tanah suci Makkah yang dikongsi Mimi tular menerusi TikTok.

"Pakcik saya jumpa arwah anak dia yang meninggal sewaktu bayi. Jumpa dah besar, tegur 'Assalamualaikum abah'. Itu saja, sekilas je lepas tu hilang dalam keramaian orang. Niat dari Malaysia lagi nak jumpa anak dia kat sana.

"Arwah ayah pernah beritahu masa dia buat umrah, dia nampak arwah mak. Memang ke mana nampak je. Sampai Malaysia, lepas dua bulan lebih macam tu, ayah pun tak ada.

"Setuju sangat. Waktu saya pergi umrah tahun 2022, saya jumpa sebiji arwah nenek saya. Sangat-sangat mirip.

"Kawan saya, mak dia selalu pergi umrah sebab dia cakap selalu nampak arwah anak dia dekat sana. Dan dengan cara itu saja boleh lepas rindu," kongsi beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain