KENAIKAN gaji lebih 13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sambutan Hari Pekerja pada Rabu ternyata menggembirakan penjawat awam. Namun di sebalik keterujaan itu, ada juga pihak yang kurang senang dan iri hati dengan kenaikan gaji bermula Disember tahun ini. Golongan guru menjadi sasaran memandangkan mereka merupakan antara penjawat awam yang paling ramai sehingga kredibiliti dan profesion mereka dipertikaikan. "Untung betul jadi cikgu. Kerja separuh hari, petang boleh relaks dekat rumah. Cuti banyak, tak termasuk CRK (cuti rehat khas) lagi. "Tak ada syif, itu pun sesi pagi sesi petang je. Tiba-tiba hari ni dengar gaji pula naik. Kami bayar cukai memang untuk kayakan korang pun," tulisnya menerusi satu ciapan di laman X, pada Rabu. Ciapan yang tular mengundang kemarahan ramai. Ciapnya itu mengundang kemarahan dan kecaman ramai terutamanya penjawat awam dalam kalangan guru-guru. Susulan itu, pemuda berkenaan yang mendakwa dia juga seorang guru tampil membuat permohonan maaf di atas perkongsian yang dianggap sebagai gurauan berbaur sindiran (sarcasm). ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kaya, tak juga susah” - Guru akui gaji awal pendidik rendah berbanding penghantar makanan, tapi ada ‘mahalnya’... pahala pun besar ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dakwa cikgu kerja cuma nak dapat gaji! Ambil kesempatan atas kelemahan anak OKU, mengajar kurang main handphone je lebih "Saya juga seorang guru. Saya ingin meminta maaf atas kesilapan post saya yang asalnya ingin sarcasm tentang kenaikan gaji guru. "Post tersebut hanya gurauan. Saya janji saya tidak akan mengulangi perkara tersebut. Sebenarnya post tersebut hanya sarcasm bagi pihak yang post tentang kenaikan gaji guru. "Saya hanya post balik sahaja. Tapi ada beberapa pihak screenshot dan memuat naik di Facebook menyebabkan ramai orang salah faham," katanya, pada lewat malam Rabu. Permohonan maaf dibuat oleh individu berkenaan. Semakan mendapati ciapan yang tular itu telah dipadamkan, namun mendapat pelbagai reaksi netizen. "Hati-hati nak keluarkan kenyataan. Apabila (anda) seorang guru maka bercakaplah dengan watak seorang guru, jangan sampai memalukan golongan dan kerjaya guru. Bergurau biar kena dengan gaya dan tuturnya. "Mungkin awak merupakan contoh guru yang tak layak naik gaji. Apa punya perangai cikgu buat macam tu?" demikian antara komen netizen. Apabila (anda) seorang guru maka bercakaplah dengan watak seorang guru, jangan sampai memalukan golongan dan kerjaya guru. NETIZEN Tanpa merujuk pada ciapan yang tular, personaliti media sosial, Mohd Fadli Salleh di Facebook berkongsi pengalamannya sewaktu bergelar guru sebelum ini. "Cerita bab cuti ni, perlu faham juga, cuti sekolah bukan hak guru sepenuhnya. Boleh dipanggil bertugas bila-bila masa. Contoh mudah saya bagitahu, cuti akhir tahun yang anak-anak kita cuti sebulan itu. "Seminggu awal cuti cikgu masih di sekolah, seminggu sebelum buka cikgu dah masuk sekolah meeting persediaan pembukaan sekolah, kemas kelas dan sebagainya. jadi, dari empat minggu, hanya dua minggu sahaja cutinya. "Guru juga merupakan penjawat awam yang paling banyak tugas sampingan, bekerja lebih masa tanpa dapat claim OT pun," ujarnya yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli. Antara komen netizen. Menurutnya ramai melihat guru bekerja separuh hari, sedangkan mereka membawa pulang buku-buku murid dan menanda serta membuat persediaan pembelajaran di rumah. "Juga setiap petang ada guru melatih murid sukan, latih murid koir, lakonan, tarian, choral speaking dan sebagainya. Cuti hujung minggu ramai juga guru buat kelas tambahan. "Orang cuti, dia ke sekolah lagi. Bawa budak berkhemah waktu cuti sekolah, cikgu kena jaga murid 24 jam sehari. "Jaga keselamatan, jaga keselesaan, masak semua untuk murid-murid. Tiada gaji tambahan pun," katanya sambil menambah setiap pekerjaan ada tekanan dan cabaran tersendiri tanpa perlu dibuat perbandingan antara satu sama lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube