CAHAYA mata yang dilahirkan ke dunia pasti disayangi bagai menatang minyak yang penuh. Namun, ia haruslah berpada-pada agar anak tidak terlalu dimanjakan sehingga membebankan orang sekeliling Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang lelaki meluahkan rasa kesal dengan sikap pentingkan diri segelintir ibu bapa ketika menghantar anak ke sekolah. Murid sekolah rendah sukar untuk berdikari tanpa ibu bapa. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil masa yang lama untuk mengiringi anak masuk ke tempat belajar tatkala kereta diparkir di bahu jalan hingga menghalang lalu-lintas. "Ini perkara menjengkelkan yang saya perlu hadap setiap pagi apabila hantar anak ke sekolah rendah. Hal ni bukan sekali dua terjadi tetapi sudah berkali-kali ya. "Sesetengah ibu bapa ni suka berhentikan kereta dekat tepi jalan, lepas tu dengan santainya luangkan masa selama mungkin untuk siapkan anak. Nak tahu apa yang dibuatnya lama sangat? ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu enggan jemput murid depan sekolah, selesa parkir jauh! Kelas tamat masing-masing kena jalan kaki ke kereta ARTIKEL BERKAITAN: Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’... puncanya tak pandai cakap Melayu! - “Sorry sayang mama” "Pertama dia turun dan bukakan pintu kereta untuk anak. Lepas tu dia tolong pakaikan beg sekolah, kemudian ambil beg bekal makanan bagi dekat anak. Belum cukup lagi, kena buka pula dompet bagi wang saku. "Ingat dah habis, tapi rupanya kena ucapkan dulu amanat dan sesi motivasi dekat anak. Akhir sekali dia peluk dan cium anak tu baru boleh lepas masuk sekolah," ujar lelaki tersebut geram. Tambah lelaki berkenaan, dia memahami kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya tetapi janganlah melampau. Generasi sekarang ni tak pandai baca situasi, pergi mana-mana tahu fikir diri sendiri je sampai menyusahkan. WARGA MAYA "Sementara ibu bapa buat semua rutin ni, saya dengan berpuluh lagi kereta dekat belakang terpaksa menunggu. Bagus sayang anak tapi tak perlu sampai menyukarkan urusan orang lain. "Kami tak boleh bergerak ke hadapan apabila ada kereta ibu bapa yang menghalang macam ni, makanya kami kena 'sidai' depan sekolah," kata lelaki itu menitipkan pesanan. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya membincangkan solusi untuk memuaskan hati kedua-dua belah pihak dalam hal ini. Warga maya berkongsi pandangan. "Macam tu la perangai ibu bapa muda. Mak aku dulu duit belanja dah siap-siap bagi dekat rumah, salam dan peluk semua sebelum masuk kereta dan sesi motivasi waktu malam sebelum tidur. Sampai depan sekolah tu hanya untuk aku turun dan masuk ke dalam je. "Kalau aku lembab, mak siap jerkah dan cakap... cepat nanti orang belakang marah. Generasi sekarang ni tak pandai baca situasi, pergi mana-mana tahu fikir diri sendiri je sampai menyusahkan. Ingat sekolah tu dia punya seorang? "Saya suka konsep sebuah sekolah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ibu bapa diberikan 20 saat je untuk turunkan anak dan berlalu pergi, baru lancar trafik. Alhamdulillah masing-masing berikan kerjasama yang baik untuk mematuhi peraturan," kata sebahagian pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube