suria

Tiga jejaka Sabah terkejut pelayan restoran hidang 28 mangkuk mi, jenuh nak habiskan! - “Kertas pesanan pula mengelirukan”

Tommy dan rakannya terkejut apabila melihat hidangan memenuhi meja makan mereka.

TIGA sahabat tular di TikTok selepas meja makan mereka dipenuhi dengan pelbagai hidangan ketika menikmati makan malam di sebuah restoran sajian Thailand.

Menerusi kapsyen video, pemilik akaun Tommyg mengakui terkejut apabila melihat setiap pesanan yang dihantar ke meja mereka.

Malah katanya, keseluruhan hidangan yang sampai di mejanya adalah sebanyak 28 mangkuk.

"Apabila orang Sabah salah order di KL (Kuala Lumpur). Muka terkejut sebab order masih ada.

Tommy besama Charles (tengah) dan Lexter (kanan) berjaya menghabiskan semua hidangan.

Tommy bersama Charles (tengah) dan Lexter (kanan) berjaya menghabiskan semua hidangan.

"Total ada 28 mangkuk. Terpaksa kasi (bagi) habis," coretnya pada video berdurasi 38 saat itu.

Berkongsi insiden mencuit hati dengan mStar, Tommy Gedeus berkata, dia bersama dua lagi rakannya Lexter Harris dan Charlston Eleazar George Albert ingin menikmati makan malam sebelum pergi bermain badminton.

Tambahan pula pada masa tersebut, Lexter perlu membuat lawatan di pusat beli-belah berkenaan.

"Jadi kami putuskan untuk makan malam di situ je. Pertama kali kami cuba restoran yang terkenal dengan sajian Thailand ni, kertas pesanan pula sedikit mengelirukan untuk kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Resit luar biasa panjang gara-gara pelanggan banyak songeh, setiap item ada nota pesanan... Tauke restoran syak ‘kerja’ perempuan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak besar semua, kalau tipu Allah tahu” - Memang ‘deep’ pesanan pemuda ini semasa order KFC... Rupa-rupanya sebab serba salah, ibu asyik mengalah makan ayam goreng kecil

"Jadi, disebabkan terlampau lapar, kami buat pesanan berdasarkan senarai yang terdapat pada kertas pesanan itu.

Menurutnya, terdapat empat pilihan hidangan pada kertas tersebut dan dia bersama rakan-rakan membuat pesanan dengan menandakan tiga mangkuk bagi setiap menu yang ada.

Beranggapan hanya akan ada 12 mangkuk, dia mengakui terkejut apabila pelayan restoran menghantar 28 mangkuk.

Selepas makan kami bermain badminton selama tiga jam supaya dapat membakar balik kalori yang diambil.

TOMMY GEDEUS

Tambah anak kelahiran Papar itu lagi, mereka juga membuat tempahan sajian sampingan berupa telur rebus, kulit ayam, cendawan enoki goreng dan nasi krapow kerana beranggapan menu utama yang dipesan tidak mengenyangkan kerana hanya berasaskan mi dan bihun.

Katanya, insiden tersebut mungkin berpunca daripada salah faham antara mereka dan pelayan restoran ketika pesanan diambil.

"Ada empat menu, jadi kami order tiga mangkuk untuk setiap menu sebab kami bertiga... sepatutnya ada 12 mangkuk la kan?

"Waitress ada datang ke meja dan jelaskan tentang menu yang dah habis dan mungkin masa tu ada salah faham antara waitress dan salah seorang rakan saya.

Mereka berehat selepas bermain badminton.

Mereka berehat selepas bermain badminton.

"Dia terpesan mi dengan bihun. Pelayan restoran pun mungkin ingat ada rakan lain yang akan datang masa tu," imbau anak muda berusia 28 tahun itu sambil ketawa.

Meskipun hidangan yang disajikan itu terlampau banyak sehingga memenuhi meja makan, dia bersama rakan-rakan tetap menghabiskannya bagi mengelakkan pembaziran.

Paling menarik apabila dia dan rakan turut memenangi cabutan bertuah yang merupakan hidangan percuma Sangkaya.

Bercerita lanjut, ujar pemenang Mr Kaamatan Negeri Sabah 2023 dari suku KadazanDusun, Lundayeh itu, 'kesilapan' yang berlaku itu disebabkan mereka kesuntukan masa untuk bermain badminton.

Tommy merupakan Duta Kebudayaan Sabah.

Tommy merupakan Duta Kebudayaan Sabah.

"Selepas menikmati hidangan berkenaan, kami bermain badminton selama tiga jam supaya dapat membakar balik kalori yang diambil," tambahnya.

Berkongsi tentang perihal dirinya, Tommy merupakan seorang pemandu pelancong persendirian.

Malah dia dan rakan-rakan adalah salah seorang Duta Kebudayaan di Sabah dengan panggilan Mr. Kaamatan Sabah 2023,

"Tema Kaamatan Sabah atau Harvest Festival tahun ini adalah berkaitan makanan, jadi kami putuskan untuk tidak membazir makanan... disebabkan itulah, kami habiskan juga makanan tu," katanya sambil menambah acara tahunan itu akan berlangsung pada Mei nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain