suria

Tak sempat nak jaga anak, bapa rancang hantar masuk asrama seawal umur 7 tahun - “Senang ajar duduk jauh”

Kebanyakan ibu bapa cenderung menghantar anak ke sekolah berasrama atas alasan mahu mengajar erti berdikari. -Gambar hiasan

SETIAP ibu bapa pasti mempunyai perancangan tersendiri apabila melibatkan bab pendidikan anak masing-masing.

Ada yang sudah merencana untuk menghantar anak ke sekolah atau institusi tertentu kerana mahu mereka menjadi insan yang berdikari serta cemerlang daripada segi akademi dan juga sahsiah.

Begitu juga dengan perkongsian seorang bapa ini yang berhasrat mahu menghantar anaknya ke sekolah berasrama apabila menginjak usia yang layak memasuki sekolah rendah.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian netizen, lelaki berkenaan memberi 'alasan' mahu mendidik zuriat tunggalnya erti berdikari, selain dia serta isterinya sibuk dengan kerjaya masing-masing.

anak 2

Ramai berpandangan anak yang masih kecil belum layak dihantar ke sekolah berasrama dan sewajarnya menikmati kasih sayang ibu bapa terlebih dahulu.

-Gambar hiasan

"Mana nak hantar anak ke hostel atau boarding school dekat Malaysia ni? Anak seorang je sekarang lima tahun. Nak hantar masa umur tujuh tahun nanti.

"Wife sibuk dengan dunia dia. Aku pun sibuk. Dah decide tak mahu anak dah. Satu ni cukup. La (sekarang) ni nak ajar anak duduk jauh supaya senang... tak terlalu bergantung dengan parents dia," demikian tulis lelaki berkenaan sebagaimana yang dikongsikan oleh akaun @meinmokhtar.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis menangis teresak-esak hantar anak masuk asrama, balik rumah cium baju tak tahan rindu - “Malam saya jadi sunyi”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ajar junior jadi ‘keras’, pelajar tingkatan 5 suruh masak mi segera... Habis makan tiba-tiba kereta polis sampai depan asrama!

Perkongsian berkenaan mengundang kecaman hebat warga maya malah rata-rata netizen menyifatkan lelaki tersebut serta isterinya tidak layak menjadi ibu bapa.

"Orang nak kahwin, kau nak kahwin. Orang nak ada anak, kau nak ada anak. Dah ada anak, tak reti hargai pula. Rosak masa depan budak sebab ibu bapa selfish macam ni.

"Aku rasa suami isteri ni mesti jenis yang mood tak nak anak lagi... tapi 'terbabas'. Bagi sajalah dekat orang kalau rasa macam tak nak jaga anak," komen netizen.

Waktu kecil adalah waktu paling diingati sebagai anak. Nak hantar boarding school pun paling kecil umur 13 tahun.

NETIZEN

Sementara itu sebahagian netizen lain pula berpandangan anak pasangan berkenaan terlalu mentah untuk dihantar ke sekolah berasrama lebih-lebih lagi ketika kanak-kanak lingkungan usia tersebut lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa.

"Nanti dah tua jangan mengadu anak derhaka sebab anak tak nak jaga. Sebab anon dah derhaka dulu dekat anak... buang macam tu je.

komen anak

Sebahagian besar netizen kurang bersetuju jika ibu bapa mahu menghantar anak mereka ke asrama ketika masih kecil.

"Waktu kecil adalah waktu paling diingati sebagai anak. Nak hantar boarding school pun paling kecil umur 13 tahun. Biar dia besar dengan ada kenangan bersama mak ayah.

"Anda tak ada bonding langsung ke dengan anak sampai nak hantar terus ke boarding school dari tujuh tahun ni? Aku harap anda tak bergantung dekat anak kalau sempat tua nanti," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain