suria

Wanita berhijab menangis tak tahan cuaca panas, cepat sakit kepala... Hari-hari doa moga istiqamah tutup aurat

Segelintir wanita berdepan cabaran apabila mereka mudah sakit kepala kerana cuaca panas. -Gambar hiasan

MENUTUP aurat adalah wajib ke atas setiap muslim, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Namun sebagai manusia biasa, kita juga tidak terlepas daripada cabaran-cabaran yang akan menguji tahap keimanan kepada Allah.

Di TikTok, seorang wanita berhijab tular selepas berkongsi kisahnya yang mengalami tekanan gara-gara bahang cuaca panas.

A boy cooling off his body  during hot waether in Kuala Lumpur City Centre.(15/5/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Bahang cuaca panas membuatkan orang ramai tidak selesa untuk melakukan aktiviti luar pada siang hari. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, masalah cuaca panas menyebabkan dia tumpah air mata, apatah lagi dirinya merupakan individu yang sering mengalami sakit kepala.

"Menangis air mata real keluar sebab stres cuaca terlampau panas dan bahang and being a muslim women, kena pakai tudung with full tutup badan punya clothing.

"Plus diri sendiri sejenis cepat sakit kepala bila pakai anak tudung atau undercap, tak kisahlah jenis kain mahal ke, design anti segala macam.

Saya jadi cepat berpeluh di kawasan leher... tudung pun masam.

NETIZEN

"Walaupun hari-hari pakai tudung, tetap juga ada hari-hari yang rasa struggle sangat dengan keadaan cuaca bahang panas ni ya Allah," luah wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia turut menitipkan doa agar kaum Hawa terus tabah mendepani cabaran untuk istiqamah menutup aurat.

"Kuatkan kesabaran kami para perempuan yang tetap dengan hijab kami ini," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kembar tiga kejutkan pengikut TikTok, tiba-tiba buat ‘live’ tak pakai tudung... Sedih netizen sanggup DM caci maki

ARTIKEL BERKAITAN: “Nah middle finger untuk semua orang” - Gambar lama gadis bertudung bikin panas di Twitter, patutlah 2 kali akaun Twitter digantung!

Perkongsian wanita itu meraih lebih 150,000 tontonan, malah ramai wanita lain turut meluahkan situasi sama yang dilalui mereka.

"Saya balik daripada mengajar selepas satu hari kepanasan pakai tudung terus pitam sebab heat exhaustion. Nasib baik tak pengsan masa memandu balik rumah.

"Saya jadi cepat berpeluh di kawasan leher. Tudung pun masam. Hari-hari pakai tudung baharu sebab rasa masam sungguh lepas pakai tudung.

"Saya tak suka pakai anak tudung sebab selalu migrain dan cepat berpeluh. Pakai je tudung bawal dan beli kipas yang jenis gantung di leher," kongsi beberapa individu.

0 (15)

Setiap wanita yang beragama Islam wajib menutup aurat. -Gambar hiasan

Beberapa wanita lain turut berkongsi situasi yang mana mereka terpaksa bertudung hampir sepanjang hari kerana masih menetap dengan keluarga mentua.

"Duduk dalam rumah pakai tudung sebab duduk dengan mentua dan ada ipar lelaki. Dia punya lencun peluh tu tak payah cakap.

"Saya kepanasan pakai tudung di rumah mentua. Apabila adik-beradik ipar lelaki keluar solat Jumaat, saya buka tudung untuk buat kerja rumah.

"Percayalah, setiap kesukaran dalam kita nak taat dan istiqamah tu adalah pahala untuk kita masuk syurga. Jangan putus asa ya sis," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain