SETIAP tempat rekreasi atau riadah mempunyai peraturan dan pantang larang tertentu yang perlu diikuti oleh pengunjung. Justeru sebagai orang baharu atau pelawat, penting untuk mereka mengambil tahu tentang selok belok tempat yang ingin dituju. Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita menceritakan detik getir apabila dia secara mengejut ditegur oleh lelaki dewasa, dipercayai penduduk setempat ketika beriadah di sebuah air terjun di Bentong, Pahang. Keindahan kawasan air terjun yang mungkin mempunyai bahaya tersembunyi. Menerusi video itu, wanita berkenaan dilihat sedang duduk bersantai di tebing sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi, sebelum diminta untuk berlalu pergi oleh lelaki berkenaan. "Tengah syok bergambar tiba-tiba kena tegur dengan penjaga kawasan sini. Apabila dah pulang dari air terjun baru tahu cerita penuh," tulis wanita itu pada ruangan kapsyen video di akaun @ijat_opie Seterusnya dalam video berasingan, wanita itu menjelaskan bahawa lelaki tersebut menegurnya atas faktor keselamatan kerana di lokasi itu pernah beberapa kali terjadi kemalangan jiwa. ARTIKEL BERKAITAN: Pendaki Gunung Yong Belar ‘disambut’ suara riuh-rendah... Bunyi aneh makin ketara ketika kawan baca al-Fatihah ARTIKEL BERKAITAN: Dengar semula rakaman piknik di sungai, jelas suara perempuan mengilai tapi dinafikan orang kampung "Itulah orang katakan, air yang tenang jangan disangka tiada bahaya. Pada mulanya waktu kami sampai di air terjun, nampak tempat tu elok dan cantik je. "Tapi apabila abang tu tegur kami, kami diberitahu yang air terjun tu baru dibuka kembali empat hari pada awal bulan Februari lalu, sebelum tu ditutup berbulan-bulan lamanya sebab ada tumpahan minyak. "Sebab itu abang tu tegur kami supaya tak duduk dekat dengan air, dia risau kami terjatuh ke dalam atau berlaku apa-apa. Kami pun memang tiada niat nak mandi sungai situ kerana nampak air deras dan dalam parasnya. Tempat ni nak bergambar aestetik boleh la, tapi tak digalakkan untuk mandi. WARGA MAYA "Apabila dah pulang rumah, kami buat carian internet dan barulah tahu kisah tragedi yang pernah berlaku di air terjun ni, sampai meragut nyawa pun ada," ujar wanita itu. Tambahnya lagi, air terjun itu boleh disimpulkan sebagai tidak selamat untuk mandi-manda. "Dekat sini beberapa kali berlaku kes orang mati lemas dan ada yang hilang terus. Kalau waktu kami tengok sendiri tu pun nampak air jeramnya deras dan warna airnya hitam, tak nampak dasar. "Jadi pengajarannya dekat sini, sebelum kita pergi ke suatu tempat tu, seilidik la dulu serba sedikit tentang kawasan berkenaan. Supaya kita boleh tahu dan bersedia apa yang patut.. Sebahagian komen warga maya. "Apa-apa pun sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling, serta jangan buat benda yang bukan-bukan," kata wanita itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan komen, warga maya menceritakan pengalaman mereka sendiri melawat lokasi itu. "Tempat ni nak bergambar aestetik boleh la, tapi tak digalakkan untuk mandi. Tengok-tengok je dari tepi, jangan sesekali terjun ke dalam. "Ya benar, dekat air terjun tu pun ada pusaran yang boleh sedut kita ke dalam kalau kita tak berjaga-jaga. Saya pernah sekali mandi situ, nampak dalam air ada cacing-cacing halus, terus naik ke atas sebab geli," kata sebahagian pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube