suria

Ramai kena scam dengan tetamu, pemuda tawar servis hadir rumah terbuka... Bermula di Melaka, merebak satu Malaysia

Rumah terbuka dianjurkan bagi mengeratkan ukhuwah antara rakan dan saudara mara. -Gambar hiasan

RAYA kan sebulan!

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri masih meriah meskipun Syawal bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Selain perkongsian menggembirakan tentang suasana sambutan, ada juga yang meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila rumah terbuka tidak dihadiri tetamu seperti dirancang sehingga berlaku pembaziran.

Peka dengan situasi yang berlaku, pemilik akaun TikTok @hfznizar menawarkan perkhidmatan menghadiri rumah terbuka.

Laksa dan mee bandung antara juadah popular di rumah terbuka. -Gambar hiasan

Bihun sup dan mi kari antara juadah popular di rumah terbuka. -Gambar hiasan

"Hi saya ada buat servis datang beraya rumah orang (untuk yang dah masak dan tetamu tak datang).

"Saya buat FOC (free of charge) je, tak perlu bayar apa-apa down payment atau advance," katanya.

Menurut lelaki ini, perkhidmatan tersebut dilakukan di sekitar Melaka Tengah, Melaka.

Malah dia turut meminta mereka yang mengalami situasi tersebut untuk menghubunginya dan meninggalkan nombor telefon.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos buat rumah terbuka, staf dijemput boleh balik awal... Beberapa ‘kerat’ tak dapat jemputan kena kerja macam biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran rancak buat open house, lelaki keluar masuk rumah harap dijemput... Sampai tamat majlis cuma dapat bau makanan

"Saya cover area Melaka Tengah. Kalau berminat boleh PM (private message) dan tinggal nombor telefon... nanti saya hubungi," tambahnya.

Di ruangan komen, dia berkata idea tersebut diperoleh selepas salah seorang rakannya menjemput dia menghadiri rumah terbuka disebabkan makanan yang disediakan berlebihan.

"Minggu lepas dah pergi satu rumah. Ada orang call cakap makanan banyak, dari situ timbul idea... cuma video je tak buat masa tu.

"Serius, kalau Melaka Tengah, banyak jemputan luar kawasan kena bagi ejen cover," katanya membalas komen seorang pengikut di TikTok.

Sekali tengok kelakar pun ada, apabila fikir balik, bijak sebenarnya. Win win situation... tuan rumah tak membazir masak banyak-banyak.

WARGA MAYA

Malah katanya, inisiatif itu dibuat kerana simpati kepada tuan rumah yang penat memasak untuk rumah terbuka tetapi tetamunya pula tidak hadir.

"Kesian tengok orang penat masak tapi tak jadi datang. Kita raikanlah, tuan rumah gembira saya gembira dapat makan," tambahnya.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya kerana dianggap sebagai jenaka dan menarik.

"Sekali tengok kelakar pun ada, apabila fikir balik, bijak sebenarnya. Win win situation... tuan rumah tak membazir masak banyak-banyak, tak risau tak ada orang datang dan yang servis, dapat makan percuma sekali erat silaturrahim.

"Bang, saya cadangkan buat kumpulan Telegram atau Facebook... rumah-rumah yang nak buat terbuka ajak sesiapa datang jika makanan tak habis atau tetamu scam tak datang. Kita cover semua daerah dan negeri.

Warga maya turut terhibur dengan hantaran yang dibuatnya.

Warga maya turut terhibur dengan hantaran yang dibuatnya.

"Malam ni dah masak untuk 18 orang, kata nak datang tapi tak datang," antara komen netizen.

Lebih mencuit hati apabila tiba-tiba muncul ramai 'ejen' yang menawarkan perkhidmatan sama di setiap lokasi seluruh Malaysia.

"Maaf la tumpang menyelit. Kalau area Seremban (Negeri Sembilan) boleh roger saya. Saya ejen kawasan Seremban.

"Saya cover area Taman Melati, pakej bawa sekali dengan anak-anak kalau nak.

"Saya cover area Bangi (Selangor), kalau ada roger saya ya.

"Area Ampang atau Kuala Lumpur kalau ada buat open house tu ajak la, saya teringin nak pergi open house tapi tak ada orang jemput," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain