BERSEDEKAH kepada orang yang memerlukan amat digalakkan, namun cukup menjengkelkan apabila penerima mengambil kesempatan ke atas pemberi. Di Facebook, seorang wanita bercerita tentang dirinya yang kerap dihubungi oleh beberapa individu miskin, meminta sejumlah wang atau bantuan lain bagi mereka meneruskan kehidupan. Bagaimanapun, dia berasa terganggu apabila menyedari ada dalam kalangan penerima yang tidak mahu berusaha untuk mencari rezeki atau memperbaiki hidup tetapi sanggup meminta-minta bantuan kerana sudah terbiasa menerima sumbangan. Tegasnya, dia membuat perkongsian bukan untuk riyak atau sombong, sekadar buntu memikirkan situasi diri yang terus menjadi sasaran beberapa individu susah yang pernah dibantu. "Cuba beritahu aku, dosa ke aku tak tolong? Ke aku sombong juga? Allah persoal tak aku esok-esok ni, serabut aku dibuatnya. Tangkap layar mesej yang diterima. "Dah bagi nak minta selalu, inilah masalah bila kita memberi. Bulan lepas saya dah belikan anak dia yang usia lima bulan tu susu 3.4kg, 5 pek lampin pakai buang. Total belanja untuk dia saya dah habis dalam RM300 ke RM400 bulan lepas. "Bukan nak menunjuk tapi nak beritahu bila kita selalu memberi ni orang akan mark kita sahaja," kata pemilik akaun Nira Adira. Menurut wanita itu, dia tidak mengenali individu yang meminta pertolongan tersebut dan apa yang lebih menghairankan dia yang tinggal di Kedah sanggup merayu kepadanya yang menetap di Terengganu. "Mana belaka orang situ? Dah PM (private message) periksa bukan scammer jadi saya tolong. Lepas tolong susu, lampin pakai buang dia minta beras pula. "Lepas empat minggu susu habis minta lagi. Tak boleh nak ajar sangat memberi, nabi pun tak suka orang yang suka meminta. "Manusia jenis tak malu muka jenis tak reti, malas nak usaha ni bila habis minta, mengharap orang je tanggung hidup sendiri dan anak bini," katanya. ARTIKEL BERKAITAN:Duit ada kurang RM100, tetap nak rasa manis sedekah... Peniaga guna beras di rumah, masak nasi bagi percuma ARTIKEL BERKAITAN:Muliakan orang susah, lelaki nasihat isteri jangan sedekah lebihan makan - “Mereka tempat kita cuci harta, bukan peti sejuk” Apa yang berlaku ini menyebabkan dia menganggap golongan ini malas berusaha dan hanya mahu hidup senang atas bantuan orang lain. "Kalau kita bagi joran pun, dia akan jual balik joran tu buat beli ikan. Jenis malas, nak mudah sahaja! Tak ada usaha lepas orang hulur bantuan untuk cover kesulitan dia. Mindset dia, meminta itu halal. "Bukan saya tak pernah hidup susah, sekarang pun bukannya senang, dia tu macam tanggungan saya pula. Habis minta, habis minta. Beras nasi pun kita kena suap ke anak bini dia. Eh, meminta macam keluarga dia tanggungjawab kita," katanya. Keluarga dia tu jadi macam tanggungjawab kita pula. PEMBERI BANTUAN Jelasnya lagi, tahun ini sahaja sudah empat orang yang meminjam wang daripadanya dan pada 2023 dia pernah membantu sebuah keluarga dengan mengeluarkan belanja kira-kira RM600. "Cerita tahun lepas pula RM600 saya ada tolong sekeluarga ni. Ni orang lain pula bukan orang sama. Dah tak ada duit nak beli susu, lampin anak saya bagi la duit sikit untuk beli barang dapur, RM500 lebih pula, pergi hantar ke rumah. "Lepas selang beberapa hari minta pinjam duit RM50 nak bayar tambang ke Hospital Dungun tengok ayah. Bagilah, dah dia janji nak bayar. Aku ni kalau jenis orang janji, aku tuntut. Sebab jenis pegang janji, bukan nak sangat tapi memang nak tuntut janji. Setiap orang perlu merancang kewangan masing-masing. -Gambar hiasan "Bila saya mesej tuntut hutang tu sampai dia bayar dia terus hilang dari radar, block sekali. Orang macam ni, hutang RM50 tu la dia serabut macam aku menekan dia. RM600 aku beli barang dapur, susu, pampers anak dia, ada dia fikir? "Jahat lagi ke aku macam ni? Sungguh kecil hati," katanya lagi. Serik dirinya menjadi sasaran segelintir individu susah, dia memberi peringatan supaya tidak ada lagi yang menghubunginya selepas ini. "Aku bukan NGO, pusat zakat. PM je aku block. Baik aku tolong adik beradik, keluarga, ipar aku semua dari orang luar. "Sejenis lagi manusia bila kita tak bagi pinjam atau tak tolong dia pula jadikan kita musuh, mengata kita macam kita pula buat salah... tapi kalau tolong buat tahi," katanya. Para netizen juga turut meninggalkan komen mengenai perbuatan mereka yang meminta di ruangan komen. "Tahu tak sebenarnya ada sejenis manusia yang memang nak hidup atas pemberian orang? Tahu tak sebenarnya ada manusia yang sanggup jadi gelandangan sebab dapat makan free, tak perlu kerja. Tiap-tiap hari ada makan minum percuma, tidur esok bangun minta sedekah lagi. Tanpa ada sekelumit nak berusaha. Manusia macam ni adalah manusia yang tidak wujud masa depanm hanya menunggu hari-hari mati, setiao hari hanya mengisi perut dari pemberian orang lain, dan berak hasil yang dimakan secara percuma. "Sungguh aku geram dengan orang yang suka meminta-minta, cubalah usaha dahulu sebelum meminta. Jangan pentingkan diri sendiri, usaha la dulu. Walaupun hasil tak seberapa, sekurang-kurangna dapat membantu sikit sebanyak. "Banyak kali jumpa yang jenis macam ni. Bila kita tak bagi, dimaki hamun kita. Ugut kita kata nak viral muka kita. Semoga jenis yang macam ni terus lingkup dan hidup dalam kesusahan," komen netizen Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube