suria

Suami buat hal lepas 10 tahun kahwin, kata pergi reunion tapi ke parti seks berbayar... Anak, bini ditinggalkan di hotel

Aktiviti seks berkumpulan dilarang dalam Islam. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya tidak akan terlepas daripada ujian dalam rumah tangga.

Terbaharu, seorang wanita membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya menyertai parti seks di ibu negara.

Menerusi pendedahan di X, wanita itu berkata kejadian berkenaan benar-benar menguji hubungan rumah tangga mereka yang terbina lebih 10 tahun lalu.

23-Apr 10:30AM - [THE STAR] at Menara Star, Shutterbug,PJ. COVER PHOTO- for sex education story. Photoshoot in Shutterbug, capturing shadows of a guy and girl holding hands SASEXEDU {Pix}

Ujian dalam rumah tangga merupakan satu lumrah. -Gambar hiasan

"Aku dah kahwin lebih 10 tahun. Suami aku sempurna. Kerja bagus, bantu kerja rumah. Nafkah tak terabai. Tak marah aku, penyayang dengan anak.

"Kemudian hari ni dia ajak pergi Kuala Lumpur, sebab ada reunion dengan kawan-kawan katanya. Bila dah balik, aku periksa telefon sewaktu dia tidur.

"Rupanya dia pergi gangbang party tadi. Luluh hati aku," dakwa wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu menerusi satu hantaran di X pada Ahad.

Video lucah pun dia tak pernah tengok. Patut ke aku bagi peluang? Dia kata dia tak akan buat dah.

ISTERI

Enggan mendiamkan diri, wanita itu berkata dia terus bertanyakan suaminya tentang acara yang menjijikkan itu.

"Aku confront suami aku malam tu juga. Dia menangis minta maaf. Dia kata dia salah sebab pergi parti macam tu.

"Tapi dia sumpah atas nama Allah dia tak join parti tu sebab dia tiada kekuatan. Dia teringat aku dan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menggeletar jumpa video seks isteri, dalam diam sakan layan nafsu dengan rakan sekerja!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami asyik timbul ghairah di pejabat, isteri rasa ‘tak senonoh’... rimas selalu kena video call layan kehendak

"Dia hanya pergi situ, tapi lepak kafe dan balik. Aku tak tahu nak rasa apa," luah wanita itu lagi.

Meskipun telah memohon maaf, wanita itu berkata dia sakit hati mengenangkan perbuatan suaminya yang sanggup menipu dirinya dan anak-anak.

"Sebelum aku confront, aku dah screenshot bukti-bukti laki aku masuk group tu. Aku benci bila tahu dia bayar untuk join parti tu.

"Dia tipu aku, tinggalkan aku dengan anak-anak kat hotel. Dia nangis beria minta maaf. Dia cakap dia bodoh pergi situ sebab ajakan kawan-kawan.

"Dia sumpah memang tak buat hubungan seks, tak join langsung parti tu. Kami berdua menangis sampai bengkak mata pagi ni," ujarnya lagi.

Menurut wanita itu lagi, dia berbelah bahagi untuk memberi peluang kedua memandangkan ini kali pertama suaminya melakukan perbuatan keji selepas berumah tangga.

"Pagi ni dia beria cuba ambil hati aku, tapi hati aku rasa dah mati. Sampai hati dia buat aku macam ni. Pertama kali dia buat macam ni lepas 10 tahun.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Ada isteri yang suka memeriksa telefon bimbit suami kerana bimbang dicurangi. -Gambar hiasan

"Video lucah pun dia tak pernah tengok. Patut ke aku bagi peluang? Dia kata dia tak akan buat dah," cerita wanita itu lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen meminta wanita itu berfikir secara rasional dan tidak mengharapkan pendapat orang awam di internet semata-mata.

"Dah kahwin 10 tahun sis, bukan 10 bulan. Ini bukan tempat untuk tanya nasihat. Pergi cari mana-mana kaunseling perkahwinan yang bertauliah.

"Ini perkahwinan kamu. Kamu tak perlu tanya kami untuk buat keputusan patut ke tidak untuk bagi peluang.

"Kau tanya sini memang 'mendapat' la jawapan macam haram. Pergi la pejabat agama minta pendapat.

"Sebenarnya dia dah terbiasa buat aktiviti itu, cuma baru kantoi," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain