JODOH dan ajal merupakan rahsia Tuhan, siapalah kita sebagai hambanya untuk mempersoalkan. Namun, seperti sudah menjadi barah dalam segelintir masyarakat kita untuk menyibuk soal peribadi seseorang, antaranya berhubung status perkahwinan dan cahaya mata yang ditimang. Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa kecewa dengan kakak sulungnya ýang sentiasa mempertikaikan zaman bujangnya. Setiap insan mempunyai tahap kesabaran yang tersendiri. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, dek permasalahan tersebut, dia pernah bermasam muka dengan kakak sulungnya selama berbulan-bulan lamanya. "Kakak sulung aku pernah marah sangat dekat aku sampai dia cakap, aku ni boleh je kahwin bila-bila masa tapi aku yang tak mahu. Katanya begitu sebab mak abah kami berduit, boleh taja apa yang patut. "Kalau nak tahu dalam keluarga kami, adik-beradik kahwin semua mak ayah yang keluar duit. Jadi aku sebenarnya tak perlu pun kumpul duit macam orang lain, cuma perlu fikir mas kahwin je. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Confident level’ naik mencanak, wanita sedar sesuatu lepas kahwin! Minta ibu bapa rajin puji anak perempuan, besar nanti tak mudah ‘cair’ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lulus’ memasak, buat kerja rumah... Ibu harap anak lelaki tak susahkan isteri bila dah kahwin nanti, azam nak layan baik menantu "Masalahnya sekarang ni aku yang susah nak bawa balik menantu. Perkara tu yang kakak sulung aku marah sangat. Dia siap perli aku, nak tunggu mak abah meninggal ke baru nak kahwin? "Aku dengar macam tu terus hilang kesabaran yang selama ni aku pendam," ujar lelaki itu yang difahamkan berusia 26 tahun. Lelaki itu yang berkecil hati kemudiannya bertindak mengasingkan diri daripada kakak sulungnya. Tak boleh faham soalan tentang kahwin ni, macam remeh sangat... ikut la orang tu nak kahwin bila pun. WARGA MAYA "Aku memang bergaduh besar ketika itu. Enam bulan aku tak bercakap langsung dengan kakak sulung aku. Ternyata apa yang aku buat tu berjaya memberikan pengajaran kepada keluarga aku tentang tabiat tanya topik sensitif. "Lepas tu mereka langsung tak bercakap pasal kahwin dah dengan aku," kata lelaki tersebut menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berasa hairan mengapa keluarga lelaki tersebut yang tergesa-gesa untuk melihat anak bongsu mereka mendirikan rumah tangga. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kau tu lelaki bro, apa yang famili kau nak paksa kau kahwin cepat sangat ni? Umur pun tak masuk 30 lagi, kalau kau perempuan aku boleh faham la nak kahwin awal. "Aku pernah kes macam kau, tapi dengan seorang kawan. Dia kata aku terlalu memilih pasangan sampai susah 'melekat', dia siap ungkit yang aku jual mahal sebab ada sijil master. Memang aku terus putus kawan dengan dia. "Aku paling tak boleh faham soalan tentang kahwin ni, macam remeh sangat. Ikut la orang tu nak kahwin bila pun, apa yang kecoh sangat ni," kata sebahagian pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube