suria

Ibu geram anak dituduh menconteng, sanggup beli dan cat semula dinding rumah jiran! Tapi usaha tak dihargai, malah kena gelak

Menconteng dinding antara perkembangan positif pada kanak-kanak. -Gambar hiasan

MENCONTENG merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengekspresikan apa yang ada di minda mereka.

Meskipun dilihat normal dalam aspek perkembangan, namun bagi sesetengah individu, tindakan tersebut dianggap mencacatkan pemandangan semata-mata.

Malah, dalam sesetengah situasi ia menjadi punca perselisihan faham antara tuan rumah dan ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Berdepan situasi sama, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila anaknya dituduh menconteng dinding rumah salah seorang jiran.

Hidup berjiran perlu saling bertoleransi. -Gambar hiasan

Hidup berjiran perlu saling bertoleransi. -Gambar hiasan

Berkongsi cerita, dia berkata perbuatan tersebut bukanlah dilakukan oleh anaknya tetapi kanak-kanak lain yang bermain di situ.

“Anak orang lain conteng dinding rumah dia, anak aku pula difitnah. Laju je datang rumah serang aku tanpa selidik dulu.

“Siap suruh anak-anak aku ni supaya jangan main kat rumah dia,” luahnya sayu.

Enggan mendiamkan diri dan menerima segala tuduhan yang dilemparkan, dia kemudian memanggil kesemua anaknya dan beberapa kanak-kanak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis tak mahu balik sebab sekolah ‘best sangat’, bapa jawab tuduhan garang, cikgu lawa

ARTIKEL BERKAITAN: Comel, geram! Anak buat hal nak ‘berkampung’ di rumah jiran, selamba minta dihidang air ala tetamu - “Dah kena halau tu cepat balik”

Selepas diajukan tentang perkara tersebut, seorang kanak-kanak telah mengaku menconteng dinding rumah jirannya itu.

“Aku terus panggil anak-anak aku dan budak-budak yang lain... tanya siapa yang conteng.

“Rupanya anak jiran lain yang buat,” ujarnya yang turut marah kerana perlu bersusah payah membeli cat baharu bagi mengecat dan menghilangkan kesan contengan berkenaan.

Menurut wanita ini, kusulitan timbul kerana kejadian berlaku pada petang Ahad dan kebanyakan premis tutup pada hujung minggu.

Nasihat saya, jangan tegur jiran tu lagi dah. Nasihat anak akak jangan main dengan anak dia juga.

WARGA MAYA

“Kedai semua dah tutup sebab Ahad dan petang. Aku gigih juga cari sampai jumpa.

“Akhirnya ada kedai yang buka tapi jauh dari kawasan rumah... disebabkan malas nak fikir panjang dan bergaduh, aku beli juga cat untuk settle masalah.

“Malas nak tangguh-tangguh sebab takut timbul masalah lain pula akan datang,” tambahnya yang membeli cat berharga RM60.

Selesai melakukan pembelian, dia terus ke rumah jiran berkenaan dan mengecat semula kawasan yang telah diconteng.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Tambahnya, meskipun bukan kesilapan daripada pihaknya, namun dia tetap meminta maaf atas kejadian yang berlaku.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa terkilan apabila ibu bapa kepada kanak-kanak yang menconteng dinding tersebut tidak munculkan diri dan meminta maaf.

Bukan itu sahaja, ujar wanita ini, dia turut ditertawakan jiran-jiran atas tindakan yang diambil.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya mengecat kembali dinding tersebut kerana ia bukan kesalahan anaknya.

“Jangan buat macam tu, keadilan tetap keadilan, hak tetap hak. Biarkan sahaja dan terus bergaduh, lepas ni orang tak berani dengan anak kita.

“Dengan aku tak dapat la berlembut macam ni... takut jiran sebelah tu tak tahan dengan gila aku, aku suruh jiran tu junjung Quran depan umum.

“Nasihat saya, jangan tegur jiran tu lagi dah. Nasihat anak akak jangan main dengan anak dia juga. Orang macam ni pasti akan timbulkan masalah lagi,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain