suria

Lelaki ‘koyak’ tengok budak 14 tahun jawab mesej WhatsApp, seolah-olah ibu bapanya tak pernah ajar adab

Orang dewasa pasti panas hati berdepan remaja tiada adab. -Gambar hiasan

PERBUALAN secara maya dan bersemuka ternyata mempunyai banyak perbezaan.

Jika mata bertentang mata, seseorang itu dapat memerhatikan bahasa badan dan beberapa indikasi penting lain terhadap seseorang individu, berbanding komunikasi maya yang hanya terhad kepada aksara pada skrin peranti.

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa kurang senang dengan gaya percakapan seorang remaja belasan tahun di aplikasi WhatsApp.

Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab membentuk akhlak anak-anak. -Gambar hiasan

Menurutnya, remaja itu cenderung menggunakan singkatan perkataan ketika menjawab soalan dan tindakannya itu menunjukkan dia seolah-olah bersikap acuh tak acuh.

Difahamkan lelaki itu menghubungi remaja berkenaan untuk mengambil tahu tentang keberadaan semasa adiknya.

Tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp.

"Inilah perangai budak-budak biadab, mungkin yang lain rasa biasa, tapi pada pandangan aku macam sangat kurang ajar. Minta ibu bapa budak ni ajar cara untuk balas mesej dengan betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa diseru ajar anak ‘jaga mulut’ bila dapat duit raya! Bimbang pemberi rasa ‘down’, malu bajet ciput

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang mood tengok bapa biadab layan anak di restoran! Tuan kedai pun gagal tunjuk contoh baik, sinis cakap dengan budak

"Aku terkejut boleh jumpa perangai budak tak ada sopan santun macam ni, padahal baru tingkatan dua tu," ujar lelaki itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Turut disertakan bersama ciapan itu adalah tangkap layar perbualannya dengan remaja tersebut.

"Salam, ini kawan Aiman (bukan nama sebenar) ke, hari ni ada lepak dengan dia tak?" tanya lelaki itu membuka perbualan bersama remaja berkenaan yang juga rakan sebaya adiknya.

Budak-budak zaman sekarang dengan ibu bapa pun kurang ajar, apatah lagi orang luar.

WARGA MAYA

Remaja tersebut seterusnya membalas secara sambil lewa dengan menggunakan beberapa perkataan pendek seperti 'Ha', 'Oo' dan 'Kk'.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, segelintir warga maya menyokong lelaki tersebut dan berkata generasi belia hari ini cetek budi pekerti.

"Budak-budak zaman sekarang dengan ibu bapa pun kurang ajar, apatah lagi orang luar.

"Seluar dalam pun ibu bapa belikan, ada hati nak berlagak!" kata sebahagian pelayar.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang mengkritik pendekatan lelaki itu ketika membuka bicara bersama remaja berkenaan.

"Kau pun tak kenal budak tu, lepas tu terus tanya macam nak bergaduh. Sekurang-kurangnya kenalkan la diri abang dulu, baru bertanya.

"Mungkin juga ibu bapa budak tu ajar kalau orang tak kenal kena jawab dengan cara tertentu, zaman sekarang ni bahaya.

"Abang pun ada salahnya, sama-sama kita perbaiki diri," kata pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain