KEBERSIHAN diri melambangkan keperibadian seseorang, justeru tidak hairanlah ada dalam kalangan kita yang begitu cerewet dan tidak boleh hidup dalam persekitaran kurang bersih. Di Facebook seorang individu berkongsi tentang dirinya yang amat mementingkan kebersihan sehingga sudu dan garfu di kedai makan akan dibasuh semula sebelum menggunakannya. Mungkin dianggap pelik dan keterlaluan bagi sesetengah orang, tetapi Mohd Fhais Salim bertindak sebegitu kerana pernah berdepan satu insiden menyebabkan dia sentiasa ragu-ragu dengan kebersihan sudu dan garfu di mana-mana premis makan. Terdapat berjuta bakteria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar termasuklah pada peralatan dapur. -Gambar hiasan "Kalau pergi makan di kedai wajib basuh sudu dan garfu sebelum digunakan. "Saya sejak ternampak ada orang yang terbersin dekat bekas sudu ni, sampai ke hari ini saya skeptikal kebersihannya," kongsinya di Facebook sebelum postingnya itu tular. Dalam perkongsiannya, dia turut memuat naik sekeping foto memaparkan beberapa sudu dan garfu diletakkan dalam bekas besi. ARTIKEL BERKAITAN :“Tempat viral paling tak best dalam sejarah keluarga” - Famous tapi kotor teruk, staf sombong! Gerai roti canai saranan ‘Google’ tak layak dapat walau 1 bintang ARTIKEL BERKAITAN :Kecoh tauke restoran mengaku letak ‘bahan istimewa’ dalam makanan influencer, tunggu KKM serbu! - "Dah terciduk, cakap marketing” Di ruangan komen, warganet turut berkongsi pengalaman mereka berkaitan aspek kebersihan yang diabaikan di kedai makan, warung atau restoran. "Pernah kena, lapik balut martabak dah terbang jatuh. Kita tolong kutip bagi kat peniaga dan beritahu, jatuh. Punya tak rasa bersalah dia balut murtabak saya dengan lapik yang saya kutip tadi. Memang biadab betul. "Pernah ada pengalaman juga, tapi lain sikit. Buah-buah potong yang dijual dengan food truck, pernah nampak orang jual tu korek hidung. Lepas tu ambil buah terus potong tanpa basuh tangan. Sejak tu memang sampai sekarang tak beli buah potong kat kedai atau food truck. Hampir 14 tahun dah, nak makan buah, makan potong di rumah saja. Dia balut martabak saya dengan lapik yang saya kutip tadi. Memang biadab betul. WARGANET "Saya pernah nampak pekerja mamak kencing kat luar bangunan, tak basuh tangan lepas pegang kemaluan dia tu then terus pegang pinggan mangkuk. Memasak macam biasa. Oh no! saya memang tak percaya pekerja mamak. Selagi ada kedai Melayu saya akan ke kedai Melayu. Kalau tak ada, saya boleh beli roti dan makan dalam kereta, balik rumah baru makan nasi," demikian antara komen netizen Dalam pada itu ada juga yang berkongsi tentang betapa cerewetnya diri mereka apabila makan di luar. "Saya kalau beli air di kedai yang customer kena ambil sendiri penyedut minuman, saya akan ambil di bahagian tengah dan kemudian saya akan basuh dulu sebelum guna. Sebab kalau di bahagian tepi, sudah pasti macam-macam kuman, bakteria dan wabak ada. Sebahagian komen warganet. "Sudu dan pinggan di rumah pun double clean takut kalau ada cicak ke lipas atau semut ke buat pesta semalam. Belum fikir lagi bab-bab kuman sebesar zarah. So, walau di mana pun anda berada, kebersihan itu harus. Amalkan bukannya cerewet. "Saya selalu bawa sudu garfu dalam kereta, makan di mana pun pakai sendiri punya, "Minta segelas air panas dengan tuan kedai, lepas tu rendam sudu garfu yang kita nak guna dalam tu. Then boleh la pakai. Kedai makan sini mostly semua serve sudu garfu untuk customer dalam air rendaman air panas macam itu," ujar warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube