suria

Suka bersaing dengan awek sendiri... Dia paling pandai, serba tahu! Wanita kesan perangai buruk BF, ramai halang kahwin

Setiap pasangan tidak terlepas berdepan ujian dalam perhubungan. -Gambar hiasan

SEMAKIN lama hubungan percintaan, maka semakin terserlah 'belang' seseorang.

Dalam kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman sosial, dia mendedahkan dirinya semakin tawar hati dengan sikap teman lelakinya biarpun usia percintaan mereka belum mencecah setahun.

Menerusi luahan yang dikongsikan di laman X, dia berkata lelaki itu suka merendah-rendahkan dirinya selain mempunyai sikap gemar bersaing.

bf 2

Perselisihan faham antara pasangan sewajarnya diselesaikan menerusi perbincangan. -Gambar hiasan

"Saya tak tahu nak cerita macam mana, tapi dia macam selalu nak bersaing dengan saya. Saya tak faham.

"Saya suka art. Saya pandai lukis dan sulam. Ada orang sanggup beli sulaman saya RM250 satu piece. Tahu apa dia cakap? 'Kalau I, I beli RM25 je'. Dia cakap nada serious ye. Bukan gurau," luahnya.

Wanita itu mendakwa, bukan sekali dirinya diperlekeh, malah sudah beberapa kali kejadian yang sama berulang sekali gus membuatkan dirinya berkecil hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Insaf bercinta dengan lelaki ‘red flag’, wanita ini bongkar kisah di Cameron Highlands... RM200 melayang di kedai nasi lemak!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anggap BF tak normal! Duduk berdua tapi tak disentuh, ringan-ringan pun tak ada - “Aku kat Amerika ke sekarang?”

"Saya ajak dia teman pergi wedding kawan, so saya forward invitation tu dekat dia. Dia cakap 'Oh anak Datuk eh kawan you. I ni orang kampung je. Anak cikgu je'.

"Saya macam eh apa pasal mamat ni. Everything dia nak compete. Tak faham.

"Dia tak boikot ****** semua sebab dia kata dia buat research, tak perlu boikot. Saya cakap whatever la, lain orang lain preference. saya tak nak judge. Saya tetap boikot.

"Then dia kata 'Itulah you, dengar je cakap orang. You kena banyakkan membaca. Tak perlu boikot pun' kemudian dia sertakan hujah dia sekali," kongsinya, merujuk kepada beberapa jenama popular yang diboikot ketika ini.

Kalau kahwin juga, tak sampai dua tahun aku dapat rasa kau akan bercerai juga.

NETIZEN

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya apabila meraih lebih 1,300 ulang kicau.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan wanita berkenaan memutuskan hubungan dengan segera memandangkan teman lelakinya sudah menunjukkan ciri-ciri 'red flag'.

komen bf

Rata-rata warga maya menyarankan wanita berkenaan memutuskan hubungannya dengan teman lelaki.

"Red flag besar gila ni anon. Dia look down gila dekat artwork you. Itu baru artwork. Nanti dah jadi mak, dia boleh kata 'alah jaga anak pun penat. Budak kecil je'. Percayalah. Sebelum makan hati. Baik tinggalkan.

"Nampak sangat dia bodoh tak reti menilai dan tak support you or your interests. Dia dengki dengan you. Tinggalkan dia, awak berhak dapat yang lebih baik.

"Seriously, kalau kahwin juga, tak sampai dua tahun aku dapat rasa kau akan bercerai juga. Sebab seorang suami sepatutnya jadi supportive dan happy towards wife kalau dia achieve something. Bukan menjatuhkan partner," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain