suria

Wanita naik rimas kawan perli ‘tak ajak’ lepas tengok gambar open house - “Jangan buat teruk please!”

Setiap rakan mempunyai ragam dan kerenah tersendiri. -Gambar hiasan

RAKAN atau sahabat mampu menjadi peneman yang dapat mengisi kekosongan dalam kehidupan.

Hubungan dengan rakan kebiasaannya terjalin apabila kita sama-sama berkongsi tempat kerja, sesi kuliah atau kelas di zaman persekolahan dengan mereka.

Namun memiliki kenalan yang ramai juga boleh menjadi satu beban, kerana banyak hati yang harus dijaga, terutamanya ketika merancang aktiviti bersama seperti sambutan hari jadi, jamuan potluck atau rumah terbuka.

Ramai mengadakan rumah terbuka sepanjang Syawal. -Gambar hiasan

Begitulah satu luahan perasaan yang dibuat di laman X, yang mana seorang wanita berasa jengkel dengan rakan-rakannya yang bergurau sinis, gara-gara anjuran rumah terbuka.

Menurut wanita itu, kakaknya mengadakan rumah terbuka dan dia ada menjemput lima kawan rapat untuk turut serta.

Selesai rumah terbuka, wanita itu kemudiannya memuat naik gambar bersama rakan yang dijemput ke akaun Instagram sebagai kenang-kenangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja tinggalkan kawan kaki ‘select’, memori motosikal SPM masih berbekas - “Hati aku dah tawar, malas layan mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur kecil hati dapat kawan jenis tiada hati perut, paksa travel ketika 5 bulan ‘jobless’... Rupanya nak cukupkan korum je!

Bagaimanapun dia terkejut apabila menerima mesej yang tidak disangka-sangka daripada kenalan lain yang tak dijemput.

"Faham tak jemput.

"Apa ni tak ajak pun," demikian antara mesej yang diterima wanita itu susulan foto yang dimuat naik.

Tampil mempertahankan dirinya, wanita itu dengan tegas berkata dia kurang menggemari mese-mesej seperti itu walaupun ia cuma jenaka.

"Inilah antara sebabnya saya tak suka ada ramai kawan. Kalau benda ni dianggap sebagai gurauan pun saya tak boleh terima, tolonglah hentikan.

Ikut la siapa aku nak panggil pun, aku biasa ajak orang yang aku rapat je.

WARGA MAYA

"Di sini juga saya nak jelaskan, ini rumah terbuka kakak saya, jadi saya cuma jemput kawan-kawan yang kakak saya kenal atau pernah jumpa je...Jangan buat teruk please!

"Yang datang pun cuma dalam lima orang. Bukannya saya lebihkan sesiapa dalam kalangan kawan saya, tak faham kenapa ada yang nak kena terasa hati," kata wanita itu terkilan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat hidup tidak perlu berpaksikan pandangan orang sekeliling.

"Apabila kita meningkat dewasa ni, tak perlu fikir sangat tentang siapa yang nak berkawan dengan kita dan siapa yang tak nak. Biarkan, kalau banyak mudarat seseorang kawan itu, lebih baik jauhkan diri.

Warga maya mengutarakan pendapat.

"Apa hak mereka untuk paksa-paksa jemput rumah terbuka ni? Ikut la siapa aku nak panggil pun, aku biasa ajak orang yang aku rapat je. Kawan yang dah lama tak contact aku akan letak tepi.

"Aku hide story daripada orang yang suka diajak ni, benda boleh faham sendiri. Tak perlu nak tanya kenapa tak dijemput, mungkin sebab dah renggang antara salah satu sebabnya.

"Kadang-kadang orang yang terpaling 'ajak' ni, bila kita jemput, bukannya mereka nak datang. Cakap mulut je lebih." kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain