suria

Tetamu open house pertikai gadis Kedah kulit cerah! Tuan badan terkedu, rupanya roomate pun persoal perkara sama

Segelintir individu sering mengaitkan isu tertentu dengan kenegerian. -Gambar hiasan

DARI segi biologi, warna kulit seseorang ditentukan oleh genetik yang diwarisi daripada ibu bapa ataupun keturunannya.

Bagaimanapun, ada kalanya ia cenderung untuk berubah disebabkan beberapa faktor termasuk pancaran matahari, hormon, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.

Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok, seorang gadis dari Kedah berkongsi pengalaman apabila warna kulitnya dikaitkan dengan negeri kelahiran!

"Aku baru tahu orang Selangor, dia anggap orang Kedah ni hitam. Aku pergi open house baru-baru ni kan, aku bersalam dengan seorang makcik.

"Lepas tu makcik tu tanya 'orang mana?'. Aku pun kata la 'orang Kedah makcik'.

"(Makcik membalas) 'Oh orang Kedah... tapi kenapa putih ya?'" ceritanya mengimbas kembali kejadian lucu tersebut.

pic 3

Rumah terbuka merupakan salah satu majlis untuk mengeratkan silaturrahim. -Gambar hiasan

Ujar gadis tersebut, kenyataan wanita warga emas berkenaan membuatkan dirinya sedikit kehairanan dan dia kemudian menceritakan kembali kisah itu kepada seorang rakannya.

"Balik (dari open house) tu aku tanyalah roommate aku. Roommate aku orang Selangor. Aku cerita dan tanya kenapa makcik tu cakap macam tu.

"Lepas tu dia kata, 'eh kau baru tahu ke, orang KL Selangor ni anggap orang Kedah hitam'.

"Aku rasa selama aku duduk Kedah ni, banyak je orang kulit putih (cerah) dekat Kedah tu.

"Lepas tu dia kata, 'kalau tak orang Kedah (hitam), orang Terengganu'. Apa????" ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram didatangi gadis muka buruk, guna phone Nokia! Sedih dapat tahu kisahnya, roh tak tenang selepas kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Macam ayam keluar reban! Wajah penuh kapas, gadis tahan malu jalan depan orang... Makin ‘pedih’ kakak rakam sambil ketawa

Video yang dimuat naik oleh gadis tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 318,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan ribuan komen lucu daripada warga maya.

Ada netizen yang berseloroh dengan mengaitkan warna gelap kulit tersebut kerana terlalu lama berjemur di bendang.

Rajin-rajinlah berjalan belah Kedah ya. Kami dekat dengan Siam. Kacuk bersepah-sepah.

NETIZEN

"Sebab panas kot... depa (mereka) ingat kita kerja dekat bendang saja.

"Depa ingat kita tidoq (tidur) atas ban (batas sawah padi) kot.

"Makcik tu ingat rumah orang Kedah ni tak dak bumbung ke," demikian komen segelintir netizen.

Bagaimanapun, ramai daripadanya kurang bersetuju dengan pandangan 'makcik' berkenaan malah memberitahu bahawa kebanyakan orang di negeri Jelapang Padi berkulit cerah kerana mempunyai darah kacukan Siam.

komen 1

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian gadis berkenaan.

"Rajin-rajinlah berjalan belah Kedah ya. Kami dekat dengan Siam. Kacuk bersepah-sepah.

"Saya orang Kedah... lagi putih daripada suami orang Selangor.

"Depa tak tahu ke Kedah ramai putih-utih sebab ada kacukan, lagi-lagi belah utara sempadan Siam.

"Oh warna kulit ikut negeri rupanya. Ingatkan ikut genetik. Salahlah saya belajar selama ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain