suria

Wanita tetap puji suami baharunya ‘baik’ walau suka ugut, maki anak tiri! Terfikir beri si kecil kepada ex-husband

Seorang wanita buntu apabila suami baharu tidak menyukai anak perempuannya. -Gambar hiasan

STATUS diri pasangan sama ada bujang, janda, duda atau sudah mempunyai anak sepatutnya diketahui dari awal perkenalan.

Sekiranya berkahwin dengan pasangan yang sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu, itu tandanya anda turut bersedia menerima mereka dalam rumah tangga yang baru dibina.

Namun tidak bagi wanita ini apabila suami baharu tidak dapat menerima kehadiran anak perempuannya, hasil perkahwinan terdahulu.

Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu hantaran di grup Kisah Rumah Tangga di Facebook.

Pergaduhan berkaitan anak sering berlaku antara pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

"Saya baru kahwin enam bulan. Sekarang ni masalahnya suami baharu tak boleh terima anak saya. Anak saya perempuan berumur tujuh tahun dan anak tunggal saya buat masa sekarang.

"Sebelum ni saya kerja dan memang manjakan dia tapi tak adalah semua apa dia nak saya bagi. Lepas kahwin saya tak kerja dan anak memang saya yang jaga.

"Masalahnya suami dengki dengan anak tiri bila saya manjakan dia. Dia macam tak suka dan ada je benda dia selalu marah anak saya," ujarnya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti ini, suaminya malah pernah mengugut untuk melakukan perkara tidak baik kepada anak tirinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal kahwin duda, dipaksa sara anak tiri mengandung luar nikah... Paling geram mentua pun masuk campur!

ARTIKEL BERKAITAN: Garang tapi ‘sweet’! Isteri terharu suami sayang anak tiri seperti zuriat sendiri, utamakan didikan agama

Sikap suaminya itu menimbulkan kerisauan dan dia sering takut memikirkan keselamatan anaknya.

Bagaimanapun dia mengakui hubungan dengan suami adalah baik dan mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah, cuma anaknya saja sering dimaki.

"Anak saya memang manja dengan saya sebagai mak. Lagipun dia ada saya je dekat sini jadi apa-apa semua dia cari saya. Tapi suami tak boleh.

"Dia nak semua anak saya buat sendiri. Buat apa-apa sendiri. Duduk dekat rumah sorang-sorang. Saya tak nak jauh dengan anak saya.

Dah anak kena maki, kena ugut, boleh pula dipujinya suami dia baik.

NETIZEN

"Saya tak nak bagi anak dekat ayah kandung dia sebab dari kecil kami tak pernah berpisah," ujarnya.

Masalah dihadapi ini membuatkan wanita ini dalam dilema memandangkan dia menyayangi kedua-dua individu tersebut.

"Saya tak nak bercerai sebab sayang suami saya. Dia baik je dan kami tak pernah bergaduh masalah lain melainkan dia stres fasal anak saya.

"Saya sedih fasal dia selalu maki anak saya. Saya juga tak nak berjauhan dengan anak sebab sayangkan dia," jelasnya.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen selepas dikongsikan oleh wanita berkenaan.

Komen netizen di Facebook.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini sekiranya ingin berjauhan dengan anak demi suami baharu.

"Dah anak kena maki, kena ugut, boleh pula dipujinya suami dia baik. Dah sayang rumah tangga tu bertahan je la sis.

"Nasihat saya pilih anak daripada pilih suami yang memudaratkan macam tu. Kalau dia baik dan waras dia tak akan ugut, maki budak tujuh tahun. Sedihnya saya baca.

"Pilih anak dari pilih suami baharu sis. Berbincang dengan suami baru sis tu. Kalau lepas ni memudaratkan, ingat pilih anak. Jangan pilih suami," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain