WAJAH menarik dan fizikal sihat merupakan daya tarikan utama yang boleh dilihat pada seseorang individu. Namun, seorang wanita meraih perhatian di TikTok selepas dia mengaku tentang obsesinya terhadap jari dan tangan lelaki. "Hi, saya nak tanya, ini fetish atau saya overthinking... saya terlalu meletakkan perhatian kepada hal ini. Tak ramai lelaki memiliki jari yang cantik. -Gambar hiasan "Kebelakangan ini, saya asyik nak tengok tangan lelaki cantik-cantik. Jari runcing, kuku cantik, urat hijau yang sangat jelas," ujar wanita berusia 29 tahun itu. Menurut wanita itu lagi, dia yang memiliki berat 50 kilogram (kg) pula mempunyai jari jenis batang serai. Bercerita lanjut, wanita itu berkata minatnya terhadap jari lelaki disedari ketika dia menonton drama. Kebelakangan ini, saya asyik nak tengok tangan lelaki cantik-cantik. WANITA X Sejak itu, dia mengakui perhatiannya lebih terarah kepada bahagian jari setiap kali bertemu dengan mana-mana lelaki. "Asalnya tengok drama je. Biasanya mestilah nak hargai muka aktor yang kacak. Tapi apabila saya beri perhatian pada jari mereka, lama-lama saya perasan asyik tengok jari-jari tangan tu. "Sekarang saya mahukan lagi tangan yang cantik, lebih teruk kalau jumpa lelaki, saya akan pandang jari-jari mereka dahulu sebelum (pandang) muka. ARTIKEL BERKAITAN: Tak masuk akal! Lelaki suka pakai baju perempuan mengandung antara 10 fetish pelik dalam dunia ARTIKEL BERKAITAN: Model dapat job pelik, disuruh sarung kebaya satin sambil ‘posing’ nampak betis... Nak pakai tudung pun tak apa "Perasaan dia macam tengok benda cantik nak buat koleksi. Saya rasa macam dah tahap fetish. Tapi setakat ini tak adalah saya fikir bukan-bukan sangat," ujarnya Tambah wanita itu, dia juga berasa cemburu melihat kaum Adam yang memiliki jari cantik. Perkongsian wanita itu dimuat naik ke platform X dan turut menerima pelbagai reaksi netizen. Bukan sahaja lelaki, wanita juga memiliki fetish tersendiri. -Gambar hiasan "Aku pun suka tengok jari orang. Lelaki ke perempuan ke, sama saja. Tapi kalau laki tu kadang-kadang terfikir jauh, cepat-cepat istighfar. "Fetish dan cemburu tengok tangan jari lelaki yang cantik. Sebab tangan sendiri macam so-so (biasa) je. "Jari aku memang antara benda yang orang perempuan suka tengok sejak kecil lagi," kongsi beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube