KETIKA menaiki pengangkutan awam seperti e-hailing, perbualan kosong antara pemandu dan penumpang sering kali dimulakan bagi mengisi kelapangan waktu sementara menuju ke destinasi. Kebiasaannya pemandu atau penumpang akan mengutarakan topik perbualan secara rawak berkaitan isu semasa, cuaca, landskap politik serantau dan lain-lain. Namun berbeza kisahnya melalui satu video tular di laman TikTok, apabila seorang gadis bertemu dengan pemandu e-hailing yang bertindak menjadi kaunselor hubungan romantis, persis 'doktor cinta'. Perkhidmatan e-hailing dapat memudahkan pergerakan. -Gambar hiasan Menerusi video berkenaan, kedengaran pemandu e-hailing yang lebih berumur itu menitipkan pesanan kepada gadis terbabit tentang liku-liku mencari pasangan sekufu. Nasihat yang disampaikan itu mengejutkan warga maya yang tidak menyangka seorang pemandu e-hailing berupaya untuk mengendalikan perbualan sebegitu mendalam, tambahan pula ketika sedang memandu. "Kalau ikut Islam, Allah akan jodohkan kita dengan pasangan yang berbeza atau berlawanan. Contoh kalau awak jenis yang sejuk hati, pasangan awak nanti mesti yang cepat panas. Sebab apa begini? ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat teruja nak balik beraya, pemandu e-hailing ‘potong mood’ gurau tak bertempat - “You malas, tak dapat la jadi doktor” ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa 2 pemandu e-hailing minta ‘duit tepi’ enggan ikut caj dalam aplikasi... Tak nak bayar terus batal tempahan "Sebab kalau dua-dua baran memang tak jadi apa. Lagi satu adik, dalam hubungan ni wajib ada kepercayaan. Kerana ujian paling banyak datang waktu tunang nanti, ketika tu akan nampak pasangan kita boleh dipercayai atau tidak. "Satu je prinsip pakcik dalam bercinta ni, kalau kita tak curang, Insya-Allah pasangan kita juga tidak akan menduakan kita. Allah akan berpihak kepada mereka yang benar, kalau ada antara lelaki atau perempuan yang bermain kayu tiga, pasti akan ditunjukkan juga. "Sekali curang pasti sukar pasangan nak percaya semula walaupun mungkin ada peluang kedua, jadi jangan sesekali cuba," ujar pemandu e-hailing itu penuh kebijaksanaan. Daripada gaya percakapan pakcik ni, saya syak dia orang yang pandai 'mengayat' juga. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, pelayar berpendapat momen berborak dengan mereka yang lebih awal 'makan garam' merupakan satu peluang keemasan. "Pakcik ni tak 'kosong', untung apabila berjumpa dengan orang berilmu ni, banyak nasihat yang kita boleh gunakan. "Betul, macam hari tu saya balik kampung waktu raya, jumpa pakcik dan makcik yang suka bersembang, mereka nak berkongsi sebenarnya. Saya cuba tadah telinga dengar, banyak dapat perspektif baharu," kata sebahagian warga maya. Sebahagian ciapan balas warga maya. Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang berandaian pemandu e-hailing itu sedang mencuba nasib untuk memikat hati gadis berkenaan. "Pakcik bagi nasihat bagai nak rak, jujur je la pakcik pun tengah cari jodoh juga kan? Banyak masalah lelaki seusia, apa kata terus kahwin dengan pakcik yang lebih berpengalaman, dijamin hubungan bahagia. "Daripada gaya percakapan pakcik ni, saya syak dia orang yang pandai 'mengayat' juga," kata warga maya berjenaka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube