suria

Nenek suruh cucu umur 2 tahun minum air panas! Ajar menantu cara didik anak, kena kasar untuk beri pengajaran

Sesetengah ibu atau ibu mentua gemar mendidik cucu mengikut 'acuan mereka'. -Gambar hiasan

LUMRAH bagi kanak-kanak yang sedang membesar, mereka bukan sahaja mempunyai sikap suka meneroka, malah agak aktif sehingga adakalanya boleh memeningkan kepala ibu bapa.

Namun pastinya setiap ibu bapa mempunyai pendekatan atau kaedah tersendiri dalam mendisiplinkan anak masing-masing.

Siapa yang tidak terasa hati apabila ada kata-kata atau teguran yang disuarakan segelintir pihak ekoran rasa kurang senang dengan kelakuan aktif anak mereka.

Begitu juga dengan luahan yang disuarakan seorang wanita ini apabila mengakui berkecil hati dengan keluarga mentua gara-gara kerap menegur kelakuan anak kecilnya.

"Anak perempuan dah dua tahun satu bulan... faham saja la. Orang putih kata fasa 'terrible two' tapi bagi saya kalau nak bandingkan dengan budak lain yang aktif, anak saya tak ada la sampai melompat memanjat-manjat semua tu.

ibu 3

Tekanan daripada orang sekeliling juga menjadi punca seorang wanita bergelar ibu mengalami depresi. -Gambar hiasan

"Cuma bagi saya normal la budak umur begitu sejenis tak boleh duduk diam. Ada saja nak sepahkan dan explore.

"Selagi tidak membahayakan atau melampau. Saya observe dan tegur saja la berulang kali.

"Tapi yang saya agak terasa sedikit, keluarga in-law saya. Sikit-sikit nak sergah anak saya," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak boleh lama di rumah mak ayah! Masuk hari ketiga dah mental koyak, buat baik pun tetap nampak salah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hampir depresi hadap anak tantrum, kalau marah ibu tarik muka... Suami tak boleh harap asyik nak bagi YouTube

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, anak kecilnya bukanlah aktif keterlaluan atau buas sehingga perlu ditegur berulang kali, sebaliknya hanya berkelakuan normal seperti budak yang seusianya.

"Contohnya, dia tak nak duduk. Dok ulang-ulang sebut 'kenapa degil sangat ni. Cubit sikit dia ni bagi dia rasa sikit'. Padahal, benda kecil je.

"Lagi satu, kalau makan sama-sama. Anak saya minta air tapi air tu tengah panas. Saya akan beritahu berulang kali air panas sambil tiup.

"Tapi in-law saya suruh bagi sikit air yang panas tu dekat anak saya dengan motif 'bagi ajar sikit dia ni'", ujarnya.

Kalau saya, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lama-lama lantaklah. Anakku bukan anakmu.

NETIZEN

Disebabkan asyik ditegur keluarga mentua, wanita itu berkata dia berasa agak tertekan seolah-olah mereka cuba mengajarnya bagaimana untuk mendidik anak sendiri.

"Seingat saya, waktu kami (adik-beradik) kecil, mak tak ada nak cubit-cubit atau jerit macam ni. Jadi saya sedikit stres.

"Sudahlah saya suri rumah. Jadi sedikit sebanyak dia tujukan dekat saya yang tak reti nak didik anak 'ikut cara dia'.

"Saya rasa sedikit terganggu. Atau maybe saya saja yang overthinking atau overprotective sangat," luhanya lagi.

komen ibu

Antara komen yang dilontarkan sebahagian netizen.

Menjengah ruangan komen, ramai golongan ibu turut berkongsi pengalaman yang sama malah menasihatkan agar wanita tersebut usah mengambil pusing kata-kata negatif yang disuarakan.

"Kalau saya, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lama-lama lantaklah. Anakku bukan anakmu.

"Abaikan sis. Kita ibu, kita tahu jaga anak kita. Kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik untuk anak.

"Kurangkan pergaulan dengan orang yang buat awak stres. Tak kisah dia orang terdekat sekalipun. Zaman sekarang, biarlah orang nak cakap apa pun, mental health kita yang penting," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain