suria

Hati gadis bolak-balik fikir gaji BF 4 kali ganda lebih rendah, takut tak ‘survive’ lepas kahwin - “Saya ni beli apa-apa tanpa tengok harga”

Setiap individu mempunyai cara masing-masing untuk meneruskan kelangsungan hidup. -Gambar hiasan

BAGI mereka yang masih bujang, anda tentunya sedang mencari-cari calon yang berkenan di hati.

Manakala bagi anda yang sudah mempunyai kekasih pula, melangkah ke fasa seterusnya melalui perkahwinan menjadi matlamat yang sangat ditunggu-tunggu.

Namun, adakah pasangan anda itu merupakan jodoh yang tepat?

Persoalan sama muncul di fikiran seorang gadis yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya tahun depan.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

"Saya ada boyfriend tapi saya rasa macam was-was nak teruskan dengan dia. Maksud saya, bagaimana nak yakinkan diri ni yang dia adalah orangnya (pilihan tepat)" katanya.

Menerusi satu luahan di grup Facebook, gadis berkenaan berkata dia dan teman lelakinya masing-masing berumur 25 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji 5K ‘struggle’ bahagiakan isteri kerja PTD! Sanggup kikis duit TH bapa demi penuhi selera kayangan bini

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Pantai Timur jatuh cinta pandang pertama... Makin ‘cair’ bakal jodoh berani ajak kahwin cepat

Menyentuh isu kos sara hidup, dia yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga berkata, gajinya lebih tinggi berbanding teman lelaki.

"Gaji saya hampir empat kali ganda (lebih tinggi) daripada dia (teman lelaki). Tahun depan rancang nak kahwin tapi itulah... saya sendiri tak yakin dengan dia.

"Saya tak yakin macam mana saya boleh survive kalau kahwin dengan dia," ujarnya.

Gadis itu mengakui gaji teman lelakinya jauh lebih rendah. -Gambar hiasan

Walaupun gaji kecil, gadis itu mengakui lelaki yang dicintainya itu mempunyai personaliti dan keperibadian yang baik.

"Dia tak pernah tengking dan tak pernah marah. Memang attitude A+ tapi saya jadi tak yakin dengan kewangan dia.

"Sejujurnya saya seorang yang beli apa-apa tanpa tengok harga, tapi dia kalau beli barang RM10 pun akan fikir dua tiga kali.

"Adakah kami berdua tak sekufu? Saya ada bantu dia untuk dapatkan kerja yang lebih baik tapi masih belum ada rezeki," katanya.

Kalau awak sendiri pun rasa was-was, lebih baik tak payah teruskan.

NETIZEN

Menurut gadis itu lagi, dia dan teman lelaki memiliki ijazah sarjana muda dan kini bekerja di Kuala Lumpur.

"Dua-dua ada degree tapi rezeki dia dalam kerja kurang bernasib baik. Ada ke yang ada pengalaman macam ni, gaji perempuan lebih tinggi daripada lelaki?

"Bagaimana kehidupan anda selepas berkahwin? Bagaimana yakinkan diri untuk terima pasangan," katanya yang buntu dengan situasi dialaminya.

Gadis dalam dilema sebelum menamatkan zaman bujang. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pengakuan gadis tersebut yang tidak yakin dengan teman lelaki hanya kerana bergaji kecil.

Perdebatan itu menimbulkan persoalan sama ada gadis itu dan kekasihnya adalah setaraf atau sekufu daripada segala segi sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

"Kalau awak sendiri pun rasa was-was, lebih baik tak payah teruskan. Awak cari calon lain yang sekufu daripada segi pekerjaan dengan awak, dan biar dia cari pasangan yang sekufu dengan dia. Takut awak asyik ungkit selepas kahwin.

"Kalau dua-dua ada degree, lebih baik teruskan (sekufu dari segi pendidikan). Lagipun attitude dia okay. Susah nak jumpa lelaki yang attitude okay (jaga solat dan akhlak okay). Kalau bab rezeki tu insya-Allah akan bertambah kalau dia rajin usaha dan pandai urus kewangan.

"Kalau attitude dia dah A+ semua okay, cuma kewangan je, kenapa nak was-was? Kau tahu ke kau akan maintain gaji lebih, dia maintain gaji kecil? Rezeki Allah ni luas, kalau nak tarik kejap je. Usaha sama-sama, support dia. Suatu hari dia akan berjaya, insya-Allah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain