MEMPELAM atau mangga harumanis merupakan produk pertanian yang paling popular di negeri Perlis. Apabila tiba musimnya, harumanis menjadi rebutan penggemarnya yang bukan sahaja dari negeri itu, malah sehingga ke seluruh pelusuk Malaysia. Bagaimanapun tular di Facebook tentang seorang pemuda yang menyelar harga buah mangga harumanis yang dianggapnya mahal dan tidak mask akal. Hantaran seorang individu yang mengundang kemarahan ramai. "Makan minum harga Yahudi. Buah mempelam 1 kilogram (kg) sampai RM30. "Patut mahu boikot saja. Aniaya orang yang makan," tulis lelaki itu menerusi group Facebook Saya Anak Perlis. Kenyataan berkenaan bukan sahaja mengguris hati rakyat Perlis, malah turut menyentuh sensitiviti individu yang menetap di negeri itu. Rasa mahal tak payah beli... ada je mempelam Kemboja 3kg RM10. PEMUDA TULAR Susulan itu seorang wanita menegur kelancangan pemuda berkenaan agar dia menjaga tutur katanya dalam membuat sebarang kenyataan. "Kalau rasa benda tu mahal, jangan beli. Jangan suka-suka nak cakap negeri orang macam tu. Baik sangat ke kita ni? "Tak bolehlah macam ni. Rasa macam terhina pula. Walaupun saya hanya menumpang, menetap di Perlis. Tapi saya tak pernah cakap bukan-bukan untuk sakitkan hati orang. ARTIKEL BERKAITAN: Musim harumanis dah tiba, peguam muda bijak buat duit tepi... Buka but kereta jual mangga Perlis di Bukit Jelutong ARTIKEL BERKAITAN: Semanis tuannya! Pemuda Perlis rancak kongsi ilmu harumanis di TikTok... Teruskan legasi pertanian arwah bapa "Fikir sebab masa kita susah, kita perlukan orang untuk bantu kita," ujar wanita itu. Dalam hantaran sama, wanita itu berkata harga makanan di Perlis masih lagi berpatutan dan tidak seteruk yang dituduh. "Pasal bab makan minum pula, kenapa negeri Perlis yang makanan mahal? Rasanya tak ada pun. Saya makan elok je. "Kuih-muih waktu pagi tu pula, harga biasalah RM2 setiap satu bungkus. Dah harga barang berniaga pun naik tiga kali ganda daripada harga asal," katanya. "Kadang banyak persaingan. Jangan pakai sedap mulut nak cakap kat orang macam tu," ujarnya lagi. Mangga merupakan buah-buahan kegemaran ramai. -Gambar hiasan Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa berang terhadap kenyataan lelaki itu. "Kau ingat tanam harumanis macam tanam rumput ke? Kalau tak mampu jangan beli. "Pergi beli yang 1kg RM30 buat apa? Belilah yang 3kg RM10. Ada je, dia je tak bijak membeli. "Kesian dia tak mampu beli, lepas tu nak kecam Perlis. Datang Kangar, aku bagi makan free, kesian dia. "Benda senang je. Rasa mahal tak payah beli. Ada je mempelam Kemboja 3kg RM10. Pergilah beli, murah," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube