suria

5 bulan suami tak balik, tinggal isteri dalam pantang... Rupanya ‘sangkut’ kes rogol! - “Setiap hari doa Allah timpakan dia kecelakaan”

Seorang suami sepatutnya membantu isteri menguruskan anak, apatah lagi ketika tempoh berpantang. -Gambar hiasan

MISTERI kehilangan seorang suami sejak lima bulan lalu akhirnya terungkai apabila individu berkenaan rupa-rupanya ditangkap atas dakwaan rogol, demikian menurutnya isterinya.

Tidak mendedahkan identiti, wanita itu berkata dia baru sahaja menerima perkhabaran itu daripada bapa mentuanya pada minggu lalu.

"Aku dikejutkan dengan berita paling gempar aku pernah dapat. Bapa mentua aku mesej, kata suami aku kena tangkap polis. Katanya sebab kes rogol.

KHALWAY POSED PHOTO...

Kehadiran orang ketiga boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Aku hari tu sumpah tak percaya. Aku pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), sekali memang betul dan dia dah lama kena tangkap, dalam hujung bulan April.

"Masa kat IPD, polis tanya hubungan kami. Aku cakap aku isteri, polis terkejut," ujar wanita itu dalam perkongsiannya di platform X.

Menurut wanita itu, dia kemudiannya turut diberi maklumat tentang perbicaraan kes melibatkan suaminya di sebuah mahkamah di ibu negara.

Selama lima bulan dia tinggalkan aku tanpa sebarang nafkah, aku terkontang-kanting jaga anak.

ISTERI

"Polis kata dia masuk mahkamah untuk apa kes entah, jadi aku pun pergi Mahkamah Ampang.

"Masa aku pergi kes dia dah dibicarakan. Jadi aku tanya apa terjadi dalam mahkamah, orang tu kata kes dia akan dibicarakan lagi bulan Ogos.

"Orang tu siap tanya aku nak jamin ke? Aku langsung tak kesian. Aku rasa puas. Aku rasa ini balasan Allah yang selama ni aku minta," ujar wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, culas bayar nafkah tapi mampu pasang 6 skandal! Pecah tembelang lepas isteri periksa telefon masa tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi skandal selepas 20 tahun kahwin... Gembira isteri izin ‘tambah cawangan’, cuba reda hidup bermadu

Dalam perkongsian sama, wanita itu mendedahkan dia ditinggalkan suaminya sejak lima bulan lalu.

Lebih memilukan, wanita itu ditinggalkan terkontang-kanting ketika dia baru sahaja melahirkan seorang bayi pramatang.

"Dia dah lama tinggalkan aku macam tu je lepas aku bertarung nyawa lahirkan anak. Dah la anak pramatang. Emosi aku tak stabil.

"Ulang-alik hospital. Tapi dia? Sibuk maksiat dengan perempuan lain, dia tak sedar dia masih suami orang.

pic (2)

Wanita yang perlu membesarkan anak tanpa suami sudah pasti akan berdepan detik sukar. -Gambar hiasan

"Selama lima bulan dia tinggalkan aku tanpa sebarang nafkah, aku terkontang-kanting jaga anak, ulang-alij pergi hospital," ujarnya.

Sepanjang ditinggalkan, wanita itu berkata dia sering memohon kepada Allah supaya memberikan balasan setimpal kepada suaminya.

Tambahnya lagi, dia kini lega apabila mereka sedang dalam proses untuk bercerai, sekali gus dapat menamatkan penderitaan yang dilalui selama ini.

"Setiap hari aku doa supaya Allah timpakan dia dengan kecelakaan. Aku menangis supaya hidup lelaki tu tak tenteram.

"Sekarang balasan dia lagi perit. Aku rasa lega, aku dah failkan cerai, harap urusan ini dipermudahkan," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain