SELEPAS menerima kritikan ramai, jurusolek terkenal MUA Bellaz akhirnya akur dan membatalkan hasratnya untuk menjual rantai kunci (keychain) dengan wajah anaknya kepada orang ramai. Menurut MUA Bellaz atau Nur Nabila Zulyadaini, dia segera mengarahkan pihak pembekal menghentikan baki 50 peratus pengeluaran rantai kunci berkenaan. Difahamkan Nur Nabila tau Bella menempah rantai kunci dengan wajah anaknya iaitu Nur Aisywara Naelofa atau Wara sebanyak 30,000 unit. View this post on Instagram A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz) "Dengan merendah hati nak beritahu, saya berlapang dada hentikan pengeluaran kartun keychain Wara. Nak semua Omi-omi (peminat) Wara gembira dan selesa. "Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik. Terima kasih walaupun sudah separuh buat. "Nanti saya bagi sebagai hadiah percuma untuk pelanggan mekap dengan mama dia ya. Minta maaf sekali lagi," katanya menerusi hantaran di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Nenek kecewa tak dapat periuk nasi baharu, lupa baca reviu sebelum beli di TikTok - “Berapa butir beras boleh tanak?” ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak trauma lepas dilanggar trak pikap, tulang pipi dan hidung patah... Ibu minta orang ramai henti kecam pemandu Sebelum ini Bella mengumumkan penjualan beberapa barangan untuk dijadikan koleksi seperti pakaian, beg tangan, pinggan mangkuk serta rantai kunci dengan lakaran wajah anaknya yang berusia hampir dua tahun itu. Bagaimanapun setelah sampel rantai kunci dikongsikan, dia menerima kritikan dan teguran daripada netizen. Rata-rata warga maya meluahkan rasa bimbang sekiranya terdapat individu yang berniat tidak baik menggunakan foto kanak-kanak itu untuk tujuan jahat. Saya berlapang dada hentikan pengeluaran kartun keychain Wara. MUA BELLAZ Malah kata jurusolek yang mempunyai lebih 2.5 juta pengikut di Instagram itu, pembatalan jualan cenderahati berkenaan juga dibuat atas nasihat suaminya sendiri. "Terima kasih semua yang memberi nasihat. Mungkin ada hikmah besar Allah nak bagi. Jadi keychain Wara sudah tiada. Minta maaf saya batalkan (jualan) sebab ada pihak yang kurang selesa dengan keychain Wara. "Nanti support jualan baju Wara ye. Tak apa kan gambar anak saya dekat baju? Khas untuk peminat Wara Bellaz Cartoon juga," katanya lagi. MUA Bellaz sering berkongsi foto keletah anaknya di media sosial. Dalam pada itu, pempengaruh media sosial yang berasal dari utara itu menegaskan keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut wajah anaknya 100 peratus, namun ia dihasilkan dalam bentuk kartun. Anak keempat Bella itu sudah semakin mendapat perhatian warganet kerana telatah lucu serta kecomelannya yang menjadi sebutan ramai. Walaupun ramai yang sudah tidak sabar untuk membelinya namun mereka memahami dan menghormati keputusan dibuat si ibu. "Baru faham apa jadi. Tak apa sis Bellaz. Keputusan awak buat yang terbaik. Untuk anak-anak, lebih baik cegah sebelum benda yang kita tak tahu jadi. Semoga baik-baik saja buat Bellaz dan anak-anak," ujar salah seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube