suria

30 tahun berlalu, mangsa buli tuntut ‘hutang’ kemaafan daripada senior sekolah! Darah mendidih setiap kali terserempak

Kejadian buli menimbulkan kebimbangan ramai khususnya ibu bapa. -Gambar hiasan

PAPARAN berita mengenai kes buli dalam kalangan pelajar sehingga menyebabkan kematian benar-benar menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Di media sosial, rata-rata warga maya mendesak agar hukuman berat dikenakan kepada pembuli sebagai pengajaran atas jenayah yang dilakukan.

Ramai berpandangan perbuatan membuli bukan sekadar menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa, tetapi juga meninggalkan 'parut' dan trauma yang tidak mungkin akan hilang sehingga bila-bila.

Begitu jugalah dengan situasi yang dialami oleh seorang lelaki ini yang berkongsi kenangan pahit menjadi mangsa buli ketika sekolah rendah.

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu, peristiwa dibuli oleh pelajar senior masih segar dalam ingatannya biarpun sudah lebih 30 tahun berlalu.

buli 1

Mangsa buli lazimnya mengalami trauma yang berpanjangan. -Gambar hiasan

"Aku mangsa buli masa umur sembilan tahun. Sekolah agama. Si pembuli ni dah tingkatan satu. (Dia) tuang gam dekat baju dari belakang. Naik bas sekolah yang sama.

"Ada sekali aku dah turun bas. Aku maki dia. Besoknya kena tarik. Kena lempang banyak kali dalam bas. Kena ludah. Dengan dia dan geng-geng dia.

"Tak ada seorang yang back-up sebab dia ada geng," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar aspuri tumbuk rakan sebilik, geram biskut gajus selalu lesap! Rupanya mangsa ada ‘sejarah’ hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh curi RM85 dipercayai jadi punca pelajar kolej vokasional kena belasah hingga mati

Tambah lelaki berkenaan, biarpun masing-masing sudah dewasa, namun dendamnya terhadap pembuli tetap tidak pudar.

Malah dia pernah terlintas untuk membalas kembali kejahatan yang pernah dilakukan individu berkenaan terhadapnya.

Aku masa dapat tahu pembuli aku meninggal kanser, bersorak weyh. Masa kena kanser pun aku gelak je.

NETIZEN

"Dah besar, selalu terserempak. Darah auto mendidih. Aku boleh cacatkan dia anytime sekarang. Tapi masalahnya biasa terjumpa dekat tempat awam. Dan dia dengan anak dia.

"F****, sekolah agama *****, Johor, tahun 1993... kau hutang dengan aku satu kemaafan," tulisnya lagi sambil mendedahkan nama si pembuli.

Perkongsian lelaki berkenaan menjadi tular di media sosial dengan warga maya meluahkan reaksi pelbagai selain turut berkongsi kisah masing-masing.

komen buli

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Buat-buat salam dengan F**** dan 'recall' balik kejadian tu. Cerita benda tu depan anak-anak cucu dia. Waris patut tahu perbuatan ayah mereka dulu.

"Aku masa dapat tahu pembuli aku meninggal kanser, bersorak weyh. Masa kena kanser pun aku gelak je. Tunggu seorang lagi apa nasib dia.

"Saya pernah kena buli masa tadika, bekal makanan saya dirampas hampir setiap hari. Sampai dah tua sekarang saya masih tak maafkan dia," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain