suria

Pernah kena asid, individu faham derita Faisal Halim... Mula-mula masih boleh tahan, ‘sakit ya amat’ lepas serap dalam daging

Seorang individu berkongsi pengalaman terkena asid selepas berita mengenai Faisal Halim menggemparkan negara.

BERITA tentang pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid pada Ahad ternyata mengejutkan seluruh negara.

Ketika pemain itu masih lagi bertarung nyawa menerima rawatan di hospital, seorang individu yang pernah berdepan kejadian hampir sama tampil berkongsi pengalamannya.

Menurut individu itu, dia tidak diserang oleh mana-mana individu, sebaliknya terkena asid ketika sedang membaiki sinki di kediamannya.

faisal3

Faisal cedera disimbah asid dalam kejadian pada Ahad.

"Nak recover memang lama. Nak-nak kalau dah stage empat. Biasa asid masih ada lagi biarpun dah jalani pembedahan.

"Tak kisahlah ada duit ke tak, makan masa nak sembuh. Aku antara orang yang kena asid. Tapi bukan orang buat.

"Sendiri buat (tak sengaja) masa betulkan sinki tersumbat. Ni pun dah makan setahun setengah dah tapi masih sakit," kongsi individu itu.

Macam Faisal, lagi kesian muka, kepala, badan kena.

INDIVIDU TERKENA ASID

Dalam perkongsiannya itu, dia turut menzahirkan rasa simpati terhadap Faisal dan berharap pelaku akan menerima pembalasan setimpal.

"Macam Faisal, lagi kesian muka, kepala, badan kena. Ya Allah, sakit ya amat tu. Dia mula kena tak rasa sangat.

"Dah sehari dua asid tu serap kat daging, aduh... Semoga Faisal tabah dan sabar menjalani (dugaan).

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir seluruh tubuh berbalut akibat simbahan asid sulfurik pekat, Faisal mohon doa rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim cedera disimbah asid di litar go-kart dalam pusat beli-belah

"Harap pelaku didakwa dan harap dapat balasan setimpal," ujarnya lagi.

Perkongsian individu yang tidak didedahkan identitinya itu ditularkan menerusi platform X pada Selasa.

Menurut akaun X @OnefootballM, individu itu merupakan salah seorang pengikut admin mereka.

Untuk rekod, Faisal yang juga pemain Selangor FC cedera disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Damansara, Selangor pada Ahad.

faisal2

Faisal merupakan pemain kebangsaan yang kini bersama dengan Selangor FC.

Dalam perkembangan terbaharu, seorang lelaki berusia lewat 30-an yang merupakan suspek kedua berjaya ditahan dan direman pada Selasa bagi membantu siasatan.

Terdahulu dilaporkan, seorang lelaki berusia 20-an ditahan di Pandan Indah pada malam Ahad namun dia telah dibebaskan kerana tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes jenayah tersebut.

Pada Isnin, doktor mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid sulfurik pekat.

Faisal pula baru menjalani pembedahan kedua di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada petang Selasa.

Faisal juga dijadualkan menjalani beberapa siri pembedahan lagi selepas ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain