suria

Pekerja cuak bos bagi ‘query letter’ selepas keluar solat Jumaat... Dua tahun kerja tiada isu, tiba-tiba dapat surat

Lelaki Islam wajib menunaikan solat Jumaat. -Gambar hiasan

SALAH satu kewajipan utama bagi umat Islam adalah menunaikan solat lima waktu.

Walau di mana jua kita berada, solat wajib ditunaikan kecuali bagi mereka yang hilang kewarasan akal.

Di Facebook, seorang pemuda tampil mengadu tentang nasibnya yang seolah-olah dihalang untuk menunaikan solat ketika sedang bekerja.

A man performing 'Solat Sunat' at the prayer room with a social distance marks in the R&R Rawang Arah Utara before continuing his journey to Bagan Datoh during the first day of Recovery Movement Control Order (RMCO) on Wednesday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. June 10, 2020.

Pada kebiasaannya, majikan akan memberi kelonggaran waktu untuk pekerja menunaikan solat. -Gambar hiasan

Dalam perkongsiannya, pemuda itu berkata dia memerlukan khidmat nasihat perundangan untuk mencari solusi kepada masalah berkenaan.

"Saya ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai hak pekerja berkenaan solat Jumaat. Saya bekerja syif.

"Baru-baru ini saya dapat query letter kerana menunaikan solat Jumaat.

Sekiranya majikan memotong gaji atau faedah disebabkan solat Jumaat, boleh berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja.

PEGUAM

"Selama saya bekerja dua tahun, tak pernah ada isu menunaikan solat. Apakah langkah seterusnya yang boleh saya lakukan?

"Saya memerlukan khidmat nasihat dan sekiranya ada peguam yang boleh membantu, sila tinggal contact untuk saya hubungi," tulis pemuda itu.

Hantaran berkenaan dibuat menerusi laman facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah mek Kelantan rajin solat di kedai, majikan terbuka hati ucap syahadah... siap pilih nama YB sebelum sah jadi suami isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan tak bagi solat, pekerja kena layan pelanggan VIP tak kira masa... terpaksa Zohor hujung waktu sambung dengan Asar

Menurut pemuda yang tidak mendedahkan identitinya itu, kejadian berkenaan berlaku di dalam negeri Selangor.

Di ruangan komen, seorang peguam menasihat pemuda itu agar menjawab surat yang diberikan majikannya.

Namun sekiranya dia dipotong gaji, faedah atau diberhentikan kerja, peguam itu menasihat pengadu agar membuat aduan kepada pihak berwajib.

"Memandangkan masih di peringkat query, boleh respond dengan memberi justifikasi.

United in prayer: Muslim taking part in evening mass prayers known as ‘Terawih’ to welcome the holy fasting month of Ramadan at the The National Mosque  in Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap umat Islam. -Gambar hiasan

"Sekiranya majikan memotong gaji atau faedah disebabkan solat Jumaat, boleh berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

"Sekiranya diberhentikan pula, boleh buat aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)," ujar seorang individu.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, pihak majikan hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat bagi masa:

1. Sekurang-kurangnya 20 minit bagi waktu solat; dan

2. Sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain