suria

Jiran tak tenteram tengok gazebo atas ‘langit’, bumbung merah halang pemandangan... Ramai pelik macam mana dapat kelulusan

Tindakan seorang pemilik unit kondominium memasang gazebo mencetuskan rasa tidak puas hati penghuni lain.

TIDAK dinafikan, ada segelintir individu yang beranggapan mereka boleh melakukan pengubahsuaian sesuka hati apabila sudah memiliki sesebuah kediaman.

Bagaimanapun masih ramai yang tidak mengetahui bahawa setiap pemilik kediaman khususnya di bawah kendalian pemaju, tetap tertakluk kepada peraturan di bawah pengurusan atau pihak berkuasa tempatan.

Baru-baru ini tular satu perkongsian di laman TikTok mengenai tindakan seorang pemilik pangsapuri di utara tanah air yang membina pondok kecil atau gazebo di ruang balkoni kediamannya sehingga menimbulkan masalah kepada penghuni lain.

Menerusi perkongsian tersebut, dipercayai video berkenaan dimuat naik oleh kontraktor atau pekerja pembinaan yang diupah oleh pemilik pangsapuri.

gazebo 2

Gambar yang diambil dari sudut kediaman penghuni lain.

"Jiran atas complain, send gambar dekat management, ganggu pemandangan dia. Bumbung lebih dua kaki," tulisnya pada video tersebut.

Menurut individu itu lagi, pemasangan struktur gazebo dilakukan selepas pihak pengurusan pangsapuri memberi kelulusan.

"Tapi management dah lulus plan 12 kaki tinggi termasuk ruang udara jiran dua kaki,"ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah untung besar, ubah suai pangsapuri jadi ‘penthouse’ 6 bilik... Kutip sewa lebih RM2,000 tapi bayar bank cuma RM800 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat ubah suai rumah ikut selera T20, siap ugut jiran tetangga - “Mohon jarakkan kereta untuk elak calar”

Namun dek kerana aduan jiran, kerja-kerja pembinaan dan pemasangan gazebo terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana perkara tersebut sedang dibincangkan pihak atasan.

Daripada perkongsiannya, difahamkan unit pangsapuri tersebut terletak di tingkat sembilan.

Selalu orang kata duduk flat selera kondo, tapi yang ini duduk kondo selera corner lot.

NETIZEN

Beberapa gambar struktur gazebo tersebut turut dimuat naik daripada pelbagai sudut dan jarak, termasuk tingkap jiran berdekatan.

Sehingga kini perkongsian individu berkenaan meraih sehingga 336,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ratusan komen warga maya yang memberikan pelbagai reaksi.

komen gazebo

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Selalu sebarang renovation atau penambahan apa-apa kena dapat kelulusan pengurusan dulu. Macam mana boleh lulus tu?

"Selalu orang kata duduk flat selera kondo, tapi yang ini duduk kondo selera corner lot.

"Dah kenapa nak buat gazebo atas langit? Kalau saya pun akan complain. Dengan warnanya lagi... tak kena langsung.

"Alah buka pintu nampak kayu-kayu. Kalau aku pun marah. Beli nak tengok view, jiran bawah pula bagi view kayu," demikian antara komen netizen.

Sebagai maklumat tambahan, pemilik kediaman berstatus strata yang ingin melakukan pengubahsuaian memerlukan surat kebenaran atau permit daripada pihak pengurusan hartanah sebagaimana peraturan yang ditentukan di bawah Akta Pengurusan Strata (SMA) 2013.

Ini kerana ia berkait rapat dengan elemen keselamatan termasuklah pematuhan kepada standard pembinaan yang bertanggungjawab.

Memetik laman Propertyguru.com, antara contoh binaan yang memerlukan permit adalah pengubahsuaian dinding, pintu pagar, pagoda atau pergola, pemasangan awning dan sebagainya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain