SETINGGI mana pun kesabaran seseorang, ia tetap mempunyai hadnya. Demikianlah juga dengan situasi yang dilalui lelaki ini, yang meluahkan sudah tidak mampu menahan kesabaran gara-gara sikap isterinya sehingga terniat untuk bercerai. Menurut lelaki berkenaan, dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga dengan menyediakan nafkah serta menanggung segala perbelanjaan memandangkan isterinya hanya seorang suri rumah. "Saya sediakan semua nafkah wajib. Rumah saya beli, kereta saya beli, insurans dan medical card saya belikan untuk keluarga, bil semua saya bayar, barang dapur saya bayarkan. "Baju, ubat, barang mandi semua saya belikan. Boleh dikatakan, semua benda keperluan semua saya bagi. Kiranya nafkah wajib, semua dah complete. Jalan terbaik bagi setiap pasangan apabila berselisih faham adalah berbincang dari hati ke hati. -Gambar hiasan "Rumah pun selesa. Semua lengkap walaupun rumah pangsapuri, tapi selesa... dengan aircond, televisyen, internet, kabinet dapur cantik, sofa tebal. "Siap bagi bulanan tambahan RM300 lagi. Anak pula hantar playschool dari 7 pagi sampai 6 petang," luahnya. Sungguhpun begitu dakwa individu berkenaan, isterinya langsung tidak menghargai pengorbanan yang dilakukan malah melukakan hatinya dengan kerap meninggikan suara. ARTIKEL BERKAITAN: Doa dapat suami sebaik malaikat makbul, tapi cerai selepas 7 tahun! Wanita serik taksub dalam berdoa ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu baik... isteri diam-diam ‘hadiah’kan bini baharu untuknya, kini bahagia tinggal sebumbung "Apabila dia tinggi suara dekat saya, saya kecil hati, mulalah dia kata... maaf, dia letih dan stres. "Saya bukan jenis mengarah-arah. Dia cakap dia penat, saya siap cakap... kalau penat, rehat... tak payah masak, boleh beli je. "Tapi tak tahulah nak cakap apa lagi. Semua tak kena di mata dia," luahnya dalam satu grup di laman Facebook. Disebabkan anda suami yang penyabar maka Allah uji dengan kesabaran. Syurga kan mahal. NETIZEN Bukan sekali dua, malah dakwanya, disebabkan sudah berkali-kali perkara yang sama berlaku membuatkan dia hilang sabar. "Saya dah cuba macam-macam usaha. Saya dah tolong dia buat kerja-kerja dekat rumah, kecuali masak je saya tak buat sebab tak pandai. "Tapi dia masih lagi suka dan kerap tinggi suara dekat saya. Seriously rasa macam nak cerai. Apa salah saya?" luahnya lagi. Perkongsian lelaki berkenaan mengundang simpati warga maya dengan rata-ratanya menyifatkan isterinya sebagai wanita yang tidak tahu bersyukur. Antara komen netizen yang mengecam sikap isteri lelaki berkenaan. Selain itu, netizen turut memberikan nasihat serta kata-kata semangat untuk lelaki berkenaan agar dapat mencari penyelesaian terbaik kepada masalah rumah tangganya. "Disebabkan anda suami yang penyabar maka Allah uji dengan kesabaran. Syurga kan mahal. Itu sekadar ujian kecil. Jadilah suami yang boleh memimpin... ajak berbincang. "Almost manusia apabila dia dah selesa, mula wujud rasa tidak bersyukur. Apabila mula tidak bersyukur, mulalah complaint sana sini. "Suruh isteri pergi klinik kesihatan, check kesihatan mental. Kadang-kadang kita nampak dia okay tapi dalam kepala dia berperang. Mungkin bukan dia sengaja marah-marah tapi jadi tanpa dia sedar," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube