suria

Pukul 2.30 pagi pintu bilik hotel diketuk, suami terkejut isteri muncul tiba-tiba! Gigih datang dari Johor ke Langkawi nak ‘spot check’

Menginap di hotel ketika melakukan tugasan luar kawasan adalah satu kelaziman. -Gambar hiasan

RUANG untuk para suami melakukan hobi atau bersosial dengan rakan-rakan merupakan satu kebebasan yang diharapkan setiap lelaki selepas mendirikan rumah tangga.

Bagi seorang lelaki ini, dia bersyukur kerana isterinya memberikan kebebasan untuk ke mana-mana dan melakukan pelbagai aktiviti di luar rumah.

Namun apa yang menghairankan ialah si isterinya sering membuat kejutan dengan 'muncul' di setiap lokasi dia berada.

Isteri sentiasa mengetahui pergerakan dan keberadaan suami. -Gambar hiasan

"Bini kalau terpaling tahu pun rimas juga. Dia jenis suka datang ke tempat kerja secara mengejut. Bini aku sporting la juga.

"Cakap je nak lepak, nak keluar dengan kawan, nak memancing, nak pergi ride ke, dia bagi je. Cuma ke mana aku pergi, tahu-tahu dia sampai walaupun aku tak bawa dia," katanya menerusi satu luahan di Facebook.

Bukan sekadar mengesan jejaknya, malah setiap nombor telefon rakannya juga turut diketahui isterinya, tanpa mengira kawan lelaki atau perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami poket kering, isteri tak teragak bantu! Selama ini amalkan magic, dompet lama boleh buat duit ‘beranak’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baru naik gaji tapi utamakan ibu! Isteri cemburu, rasa pengorbanan tak dihargai... Dedah mak mentua masih kerja, gaji 10K

Mengimbas kembali satu insiden yang berlaku, dia ke Langkawi, Kedah kerana atas kerja dan menginap di sebuah hotel sepanjang empat hari berada di sana.

"Pada hari pertama okay lagi, semua berjalan lancar. Malam hari kedua pukul 2.30 pagi, bini aku datang hotel aku menginap. Siap ketuk pintu bilik aku lagi.

"Terkejut aku, tapi tak ada apa yang aku risau pun sebab dalam bilik aku dengan kawan lelaki. Dia datang semata-mata nak spot check je, jauh kot dari Johor datang ke Langkawi," ujarnya.

Isteri membuat kejutan muncul di Langkawi. -Gambar hiasan

Turut menjadi tanda-tanya apabila isterinya mengetahui keberadaannya tanpa diberitahu.

"Mana dia tahu hotel aku duduk? Aku tak beritahu dia pun aku menginap hotel mana. Ni sampai nombor bilik pun dia tahu. Dia pun tak tanya aku duk hotel mana," katanya.

Walaupun berperangai pelik, namun dia terharu kerana isterinya seorang yang penyayang dan mengambil berat.

Tanya bini you, dia ada saka ke?

NETIZEN

Buktinya, dia pernah terseliuh dalam satu insiden jatuh tangga di pejabat sebelum ini.

"Sikit je pun, tapi tak sampai 30 minit insiden berlaku dia dah datang ofis, siap bawa minyak angin. Apabila tanya mana tahu ni? Dia jawab ada la. Jangan kata aku je, anak-anak pun sama. Siapa anak berkawan, ke mana anak pergi, bini aku mesti tahu.

"Dialah satu-satunya wanita superwoman. Bagi aku, semua benda dia buat dalam satu masa.. Rumah elok je settle walaupun ambil tahu hal aku dan anak-anak,” tambahnya.

Dalam pada itu, dia menafikan dirinya ‘geng takut bini’ (GTB) sebagaimana yang dilabelkan oleh rakan-rakannya.

Kadang-kadang sikap isteri berkenaan merimaskan. -Gambar hiasan

Sebaliknya, dia bersyukur kerana diberi kebebasan untuk pergi ke mana-mana dan tidak pernah berlaku sebarang ‘drama’ setiap kali kemunculan isterinya itu.

“Isteri datang pun, dia tak pernah suruh aku balik ke, apa ke. Lepaklah sampai 2 hingga 3 pagi pun, dia tak bising. Dia sangat sporting.

“Cuma tabiat dia nak tahu aku ke mana dan dengan siapa aku keluar. Dan tiba-tiba muncul, selepas tu dia balik. Itu je,” katanya lagi.

Pendedahan lelaki berkenaan ternyata menarik perhatian netizen yang berkongsi pelbagai reaksi, andaian dan pandangan masing-masing.

“Tanya bini you, dia ada saka ke?

“Dia tahu melalui telefon, internet. Semua boleh tahu, mana kau pergi. Apa kau mesej, dengan siapa kau WhatsApp... segalanya di hujung jari.

“Terbaik isteri, menjaga suami luar dalam dalam rumah demi kebaikan rumah tangga sendiri. Oklah tu,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain