KENAIKAN gaji lebih 13 peratus untuk penjawat awam sememangnya pengumuman yang ditunggu-tunggu mereka. Walaupun kenaikan itu hanya bermula pada Disember ini, ia sudah cukup melegakan golongan itu khususnya ketika kos perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Namun di sebalik berita gembira yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, terdapat penjawat awam yang sedang bersedih. Ini termasuklah seorang penjawat awam berusia 31 tahun yang mengenangkan nasibnya bakal bergelar suami tidak lama lagi. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Menurut pemuda itu, dia sudah pun bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan juga pada Disember ini. Namun ekoran kenaikan gaji untuk penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri itu, bakal mentua turut membuat pengumuman yang mengejutkan secara tiba-tiba. ARTIKEL BERKAITAN: “Untung jadi cikgu, tiba-tiba gaji naik” - Pemuda sindir guru, bangkit isu kerja separuh hari... Siap sentuh banyak cuti sepanjang tahun ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam boleh tarik nafas lega, PM umum gaji dinaikkan bermula Disember "Bakal mentua minta hantaran RM14,000, aku tunaikan. Lepas DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) umum kenaikan, mentua minta hantaran naik kepada RM18,000," luahnya menerusi satu hantaran di laman X. Kenaikan wang hantaran sebanyak RM4,000 ternyata memberi tekanan kepadanya dengan hari istimewa itu hanya berbaki kira-kira enam bulan lagi. Seorang pemuda stres berhadapan dengan kerenah bakal mentua. -Gambar hiasan Lebih memburukkan keadaan, hubungannya bersama tunang juga semakin tegang sehingga timbul dilema untuk meneruskan rancangan perkahwinan. "Aku stres gila sampai gaduh dengan tunang. Rasa macam tak ke mana dah hubungan ni," katanya terkilan. Gaji belum naik, hantaran dah naik. NETIZEN Rata-rata netizen menerusi ruangan ciapan balas berkongsi rasa simpati mengenai nasib pemuda itu. Malah, ramai yang terkejut ibu bapa tunangnya tergamak sewenang-wenangnya menaikkan wang hantaran hanya disebabkan kenaikan gajinya sebagai penjawat awam. Memeriksa simpanan yang diperuntukkan untuk wang hantaran. -Gambar hiasan "Gaji belum naik, hantaran dah naik. "Anak mereka 'barang' ke nak naik harga pula? Famili 'red flag' ni, hari ni minta naik... esok nak kahwin up lagi RM2,000 sebab nak cukupkan RM20,000, pening. "Belum kahwin dah bergaduh pasal duit. Baiklah tak jadi kahwin. Esok lepas kahwin, suruh beli kereta baharulah, nak rumah tiga tingkatlah, mak mentua nak bercuti luar negaralah. Mesti anak dia kerja swasta kan? "Tu mak mentua ke mak ayam? Boleh pula naikkan hantaran macam nak jual anak dia. Dia ingat ada kadar hantaran ikut harga semasa ke?" demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube