suria

Majlis hari jadi bertukar sedih, tetamu sindir hidang kek murah! Siap tegur depan orang - “Rasa pelik makan jenama lain”

Sambutan ulang tahun kelahiran dibuat mengikut kemampuan. -Gambar hiasan

HIDUP ini umpama roda, kadangkala di atas dan ada kalanya di bawah.

Mungkin pada masa sekarang seseorang itu dilimpahi kemewahan, tetapi ia boleh berubah sekelip mata apabila tiba giliran untuk diuji dengan kesulitan.

Begitulah kisahnya melalui satu ciapan tular di laman X apabila seorang lelaki mengimbau masa lalu yang pahit ketika keluarganya ditimpa krisis kewangan.

Kek menjadi kewajipan dalam setiap majlis hari jadi. -Gambar hiasan

Menurutnya, fasa itu memaksa dia dan keluarga mengubah gaya hidup secara drastik untuk berjimat-cermat, sehinggakan sambutan hari lahir yang dahulunya meriah kini dianjurkan secara bersederhana.

"Keluarga saya ni kalau setiap kali birthday sangat minat satu jenama kek popular yang boleh dikatakan premium, tak pernah terlepas untuk beli.

"Cuma apabila kewangan keluarga saya sedang sempit, kami pilih alternatif jenama kek yang lebih murah. Jadi di sinilah berlakunya satu insiden yang membuatkan saya betul terguris hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar yatim piatu menangis ada insan sudi lawat di asrama, sebelum ni cuma mampu tengok rakan lain dilawati mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Murid berebut nak salam, peluk cium cikgu... ada yang ‘cekik manja’ sebab terlebih sayang! Guru kongsi rahsia ‘ngam’ dengan pelajar

"Ketika tu tengah upacara potong kek, tiba-tiba ada seorang tetamu yang keluarga saya jemput cakap macam ni... eh dah bukan kek jenama tu ke? Rasa pelik la kalau kena makan kek lain.

"Dia cakap macam tu dalam keadaan keluarga saya sedang cuba bernyawa semula daripada situasi ekonomi kami yang teruk. Kami terdiam dan hanya hadam apa yang kami dengar tu, tak mampu berkata-kata," ujar lelaki itu.

Tambahnya, dia berpendapat individu sedemikian adalah golongan yang hidup dalam kepompong sendiri.

Orang tengah nak bergembira lepas tu kau cakap benda yang buat orang jadi sedih.

WARGA MAYA

"Saya tak boleh terima la orang macam ni, dia anggap macam diri dia je yang ada dekat dunia, perasaan orang lain semua tak penting.

"Tapi sekarang saya sedar satu benda, kami sebenarnya gembira je waktu sambutan hari jadi tu walaupun kami beli kek bajet. Bukan kek itu yang menjadi penentu kebahagiaan kami.

"Ia adalah orang di sekeliling kami yang turut sama meraikan, seperti kawan-kawan dah ahli keluarga, itu yang lebih bermakna. Sekali lagi saya cakap, semoga kita dijauhkan daripada jumpa orang-orang yang bongkak," kata lelaki itu menutup bicara.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpandangan kewujudan insan sebegitu sebagai perosak suasana.

"Orang macam ni dilahirkan kurang akal aku rasa. Pada dia Itu perkara biasa sebab memang dia suka cakap benda-benda macam tu. Tapi kita yang mendengar ni boleh bernanah telinga.

"Orang tengah nak bergembira lepas tu kau cakap benda yang buat orang jadi sedih. Suka sangat buat perbandingan itu ini.

"Itu belum lagi spesies mereka yang suka bandingkan jenama telefon pintar," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain