UMUM mengetahui bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei depan. Bagaimanapun perkara tersebut sedikit sebanyak menimbulkan bantahan serta rasa kurang senang sesetengah pihak yang merayu agar keputusan peperiksaan itu diumumkan lebih awal, memandangkan tarikh berkenaan jatuh pada cuti penggal persekolahan. Apa yang menarik perhatian, dalam beberapa pihak yang mengusulkan agar tarikh tersebut dipinda, salah satunya datang daripada pelajar sekolah. Tular di laman sosial satu kiriman emel daripada pelajar berkenaan yang ditujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), meminta supaya pihak kementerian menukar tarikh yang sudah ditetapkan. Menerusi kandungan emel tersebut, pelajar berkenaan menyertakan beberapa hujah mengapa permohonannya perlu dipertimbangkan KPM. Tangkap layar (screenshot) kiriman emel pelajar berkenaan kepada KPM yang tular di media sosial. "Saya mewakili batch 2007, kami semua sebulat suara ingin melihat abang dan kakak kami batch 2006 untuk mengambil keputusan SPM di sekolah. "(Ia) untuk (kami) merasai debaran SPM yang bakal dihadapi oleh kami beberapa bulan sahaja lagi," tulisnya. Tambah pelajar berkenaan, permohonan pindaan tarikh yang diusulkannya juga 'sangat masuk akal' memandangkan ketika itu cuti sekolah baharu bermula dan berkemungkinan para guru sibuk dengan rancangan masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas intai anak habis SPM kerja sambilan, mak ayah menangis dalam kereta! - “Biar mama tahu susahnya orang lelaki cari rezeki” ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM kongsi sikap pelik ibu 10 hari sebelum ‘pergi’, banyak petanda tapi anggap biasa siap gelak-gelak dengan arwah "Sekiranya keputusan SPM dikeluarkan sebelum cuti penggal, kami batch Form 5 (2007) dengan berbesar hatinya ingin menolong guru-guru bagi persiapan majlis keputusan SPM untuk keselesaan abang dan kakak kami. "Lagi pun saya rasa ramai yang ingin berjumpa semula dengan abang dan kakak senior 2006 kerana sejujurnya kami semua rindu akan abang dan kakak kami. "Sekian dan salam sayang batch Form 5 2007," tulisnya lagi. Kau ingat ni meet & greet ke adik? Siap send email minta pinda tarikh. NETIZEN Tangkap layar (screenshot) kiriman emel berkenaan mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya terhibur dengan 'keberanian' pelajar berkenaan mengutarakan cadangannya. "Menipu je nak menolong guru padahal korang nak tengok senior korang. "Kau ingat ni meet and greet ke adik? Siap sent email minta pinda tarikh. "Orang nak ambik result je pun... Nak melepas rindu apa? "Kasi bagus dulu tatabahasa dan cara tulis email, baru KPM boleh pertimbangkan," demikian antara komen netizen. Antara komen netizen yang terhibur dengan perkongsian berkenaan. Untuk rekod, KPM menetapkan bahawa keputusan SPM 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata penetapan tarikh berkenaan adalah kerana KPM khasnya di bawah kelolaan Lembaga Peperiksaan memerlukan masa yang cukup untuk memproses keputusan dengan teliti dan tepat. Ujarnya, selain itu, ia bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk membuat persediaan untuk permohonan Unit Pusat Universiti (UPU). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube