SERING kali kita dipaparkan dengan kisah perkahwinan yang dilanda badai kerana kehadiran orang ketiga. Namun sebenarnya wujud pelbagai faktor yang menjadi punca perpisahan pasangan, antaranya kesibukan melampau sehingga tidak mempunyai masa untuk keluarga. Bayangkan individu yang memegang status sebagai seorang isteri dan ibu namun dalam masa yang sama bekerja serta sedang menyambung pelajaran, sudah pasti bukan calang-calang cabaran yang perlu dihadapinya. Ketika ini hangat di laman X mengenai kisah hubungan yang berantakan gara-gara pasangan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD). Bukan sedikit tekanan dirasai bagi mereka yang bekerja sambil menyambung pengajian. -Gambar hiasan Ia susulan ciapan seorang pelayar yang memberi nasihat kepada mana-mana individu yang sudah berkahwin agar berfikir masak-masak sebelum menyambung pengajian peringkat PhD. "PhD mampu membuatkan pasangan bercerai-berai dan rumah tangga porak-peranda. Sebelum buat PhD, berbincanglah ya dengan pasangan masing-masing," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerja kerajaan ‘meletup’, mahu cerai lepas 20 tahun bela biawak hidup! Peguam jelas cara berpisah jika suami tak bagi kerjasama ARTIKEL BERKAITAN: Hanya diizin balik kampung setahun sekali, wanita minta cerai! Suami terkedu, insaf lepas dengar luahan isteri... kini hidup lebih harmoni Sebagai maklumat tambahan, PhD adalah peringkat pengajian formal tertinggi di sesebuah universiti. Pada peringkat ini, penuntut perlu menjalankan kajian serta penyelidikan terperinci untuk menyiapkan tesis yang menjadi syarat wajib bagi melayakkan mereka memperoleh PhD. Selain itu, mereka juga perlu menggunakan perisian yang tidak pernah digunakan dalam melengkapkan data kajian yang dilakukan. Bukan daripada pasangan saja, kadang-kadang diuji kematian orang terdekat, kerja dan macam-macam lagi. NETIZEN Bukan sedikit masa, tenaga dan wang yang perlu dikorbankan oleh penuntut PhD, justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ramai yang tewas sebelum sampai ke garisan penamat, dek tekanan yang bukan kepalang. Pandangan individu berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya, dengan ada daripada mereka yang turut senada dan berkongsi kisah masing-masing. Sebahagian pandangan yang dilontarkan netizen berkaitan perkongsian tersebut. "Setuju. Ada yang depressed sebab kerap bergaduh, pasangan tak support. Sedih sangat apabila tengok kawan yang divorce dalam journey PhD ni. "Saya tengah sambung PhD sambil kerja full time. Memang banyak dugaan. Bukan daripada pasangan saja, kadang-kadang diuji kematian orang terdekat, kerja dan macam-macam lagi. "Even single people struggle with time management. Saya buat assignment ketika waktu lapang di pejabat. Beban kewangan pun ada, stres sangat sebab jadual kerja. Ia adalah perjuangan yang sebenar," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube