suria

“Kau ingat kereta ni gerak pakai niat?” - Wanita hilang sabar kawan tumpang tak hulur duit, penat jaga hati orang

Isu kongsi duit minyak kereta menjadi perdebatan di media sosial. -Gambar hiasan

LAIN dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Hangat dibincangkan di media sosial tentang adat menghulurkan duit minyak bagi mereka yang kerap menumpang kereta kenalan atau ahli keluarga.

Perdebatan bermula apabila seorang wanita yang juga bekas penuntut universiti tampil mendedahkan senarai ragam yang kurang digemarinya ketika menumpangkan rakan.

Pelbagai perangai manusia yang perlu dihadapi dalam kehidupan seharian. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dalam kalangan kawan-kawannya terdapat segelintir yang bersikap pilih bulu dalam memberikan duit minyak kepada pemilik kereta yang ditumpang.

"Aku jujur, aku sejenis yang segan nak minta duit minyak. Aku cuma harapkan untuk orang yang menumpang tu berikan wang seikhlas hati tapi pada masa yang sama setimpal.

"Banyak sebenarnya perangai yang aku dah jumpa, ada yang suka tengok jenis kereta kalau nak bagi duit minyak. Kalau kereta baru dan jenama besar macam Honda misalnya, duit minyak dia bagi sikit je sebab dia fikir kita orang kaya tak perlukan duit.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit cukup-cukup untuk minyak dan tol, kereta pula rosak... Wanita sebak, ujian menjelang raya diganti rezeki tak disangka

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup pinjamkan kereta, majikan selit pula duit raya... Lelaki ini terkejut benda pelik jadi selepas dapat balik kunci!

"Kau ingat kereta ni bergerak pakai niat ke? Padahal kau dah ulang-alik pergi kelas setiap hari dengan aku sampai sebulan, keluar jalan healing pun naik kereta aku, lepas tu bagi RM20 je?

"Selain tu, ada juga yang fikir kalau kereta murah macam Viva atau Myvi tak perlu bagi duit minyak sebab kos penyelenggaraan rendah. Tak, sekarang ni pokok pangkalnya, kalau kau penumpang, duit minyak wajib bayar. Itu je, aku dah penat nak jaga hati orang," katanya.

Dalam pada itu, muncul pula seorang lelaki yang memberikan perspektif bercanggah dengan wanita berkenaan serta meraih sokongan hebat warga maya.

Asalkan dia ada ketika masa susah aku dan ada untuk hiburkan hari-hari aku... nilai tu pun dah melebihi duit minyak yang diberikan.

WARGA MAYA

"Ini mungkin untuk aku je la, tapi aku tak pernah ingin duit minyak daripada kawan-kawan yang aku tumpangkan. Lagi-lagi kalau dah satu jalan nak pergi kelas atau tempat buat assignment.

"Sebab aku fikir macam ni, kalau aku tumpangkan orang bukannya minyak tu cepat habis pun. Lalu jalan sama je. Cuma aku ada satu kepantangan, jangan lambat kalau nak tumpang aku.

"Kalau aku nak kena tunggu kau padahal kau naik kereta aku, itu aku geram," ujar lelaki itu memberikan hujah.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut berkongsi pandangan sama.

menumpang

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Betul, aku tak berkira sangat dengan sahabat aku. Asalkan dia ada ketika masa susah aku dan ada untuk hiburkan hari-hari aku, bagi aku nilai tu pun dah melebihi duit minyak yang diberikan.

"Mungkin prinsip bro ni sesuai untuk mereka yang bekerja, sebab kalau masih pelajar susah juga. Kena ingat, pelajar yang ada kereta dalam kampus ni, sangat tinggi kebarangkalian untuk diambil kesempatan. Jadi ada baiknya bertegas.

"Antara pantang larang lain ketika tumpang kereta orang adalah jangan banyak bertanya tentang kereta. Contohnya, kenapa bawa perlahan? Kenapa tak potong kereta tu? Kenapa guna jalan tak betul? Kenapa tak modify kereta?

"Kau boleh senyap tak, kau tu menumpang je kereta orang, jangan banyak songeh," kata sebahagian warga maya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain