suria

Anak guna nama bapa buat loan tapi culas bayar, kini jadi biawak hidup! Adik beradik lain kerja tolong bayar hutang

Ramai meluahkan perasaan terkilan apabila terpaksa menanggung ahli keluarga yang malas bekerja. -Gambar hiasan

ADAT hidup sebumbung bersama keluarga besar, sewajarnya setiap ahli saling bertolak-ansur dan meringankan beban perbelanjaan antara satu sama lain.

Namun tidak dapat dinafikan, dalam ramai-ramai ahli keluarga, pasti ada yang suka mengambil kesempatan sekali gus menjadi bebanan kepada orang lain.

Begitu juga situasi individu ini yang meluahkan rasa tidak tahan gara-gara sikap salah seorang ahli keluarganya yang dilabel toksik.

"Ada seorang ahli keluarga saya yang toksik, hutang atas nama bapa saya kira-kira berjumlah sampai RM30,000 atas alasan nak meniaga, tapi tak tahu duitnya ke mana sebab habis bila ditanya.

"Bapa saya sampai kena pergi Bank Negara sebab nak arrange semula loan atas sebab bayaran bulanan yang tinggi.

"Ada juga pinjaman yang lain secara senyap si toksik ni guna atas nama bapa saya... sampailah jumlah pencen dari RM2,500 selepas tolak-tolak tinggal RM1,000 saja," luahnya.

biawak 1

Adat hidup sebumbung perlulah saling bertolak ansur. -Gambar hiasan

Individu tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan pertalian antara dirinya dengan ahli keluarganya yang digelar toksik itu.

Tambahnya lagi, bukan sekadar pandai membuat hutang, malah ahli keluarganya itu culas mengeluarkan wang belanja dan berlagak seperti raja di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis tak larat tanggung keluarga, geram adik-beradik malas kerja... Isteri pasrah nafkah kerap tertunggak

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat bela ‘biawak hidup’, suami goyang kaki habiskan duit niaga nasi lemak... Nak beli rokok pun minta isteri!

"Dia tak mampu hidup sendiri dengan bini dia, dan bini dia pun dua kali lima. Saya stres sebab dia duduk dalam bilik aircond, kereta parkir dalam rumah, makan minum dalam bilik dah macam disewa pula.

"Tapi bila minta bayaran culas, anaknya bapa saya jaga ambil dari sekolah semua. Bila kenang balik, kesian bapa saya lepas ditipu si bekas isteri dan bercerai, ditipu pula oleh anak," luahnya.

Tegas, kuat dan keraskan hati lepas tu jalan terus bawa ayah dengan adik-adik pindah.

NETIZEN

Justeru ujarnya, dia terpaksa mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga kerana enggan menyusahkan bapa, biarpun masih muda.

"Umur saya baru 24 tahun tapi dah tanggung beban hutang sewa rumah (ansuran bulanan) RM2,000, kereta RM600, bil api dan air RM350, dan makan.

"Hari-hari penat letih cari duit... hujung bulan gaji masuk terus habis duit sebab nak tanggung adik-adik yang baru lepas habis belajar dan bapa yang pencen.

"Saya larang bapa kerja sebab masa saya belajar, dia dah banyak meminjam semata nak hantar saya belajar. Jadi saya hanya nak balas jasa dia," kongsinya lagi dalam satu laman grup Facebook.

Tidak tahan dengan situasi tersebut, individu berkenaan meminta pandangan warga maya mengenai tindakan yang wajar diambil agar tidak lagi perlu menanggung 'biawak hidup' di dalam rumah mereka.

komen

Sebahagian netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap individu berkenaan.

Menjengah ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati terhadap nasib individu berkenaan selain rata-ratanya menyarankannya supaya berpindah.

"Cari rumah lain yang lebih kecil. Cut kos semua, suruh toksik tu duduk sendiri berdikari.

"Tegas, kuat dan keraskan hati lepas tu jalan terus bawa ayah dengan adik-adik pindah. Kalau diaorang tak nak, awak je keluar rumah.

"Better move out... Bawa ayah dan adik-adik keluar dari rumah tu. Sewa rumah yang ikut kemampuan. Bila dah tak nampak orang yang toksik tu selalu, lama kelamaan keadaan boleh berubah menjadi lebih baik," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain