DALAM zaman yang serba maju dan canggih ketika ini, kedudukan kaum wanita hampir seiring malah menyaingi kaum lelaki di kebanyakan sektor. Lihat sahaja sektor perniagaan, korporat mahupun awam ketika ini, boleh dikatakan kian ramai golongan Hawa yang menjadi penerajunya. Biarpun seseorang wanita mempunyai pelbagai 'pakej' yang melayakkannya bergelar peneraju, namun golongan ini tidak dapat lari daripada stigma segelintir individu yang mengaitkan mereka dengan sikap tertentu. Hantaran seorang pengguna media sosial mengenai pandangannya terhadap bos daripada kaum Hawa mengundang perhatian warga maya. "Aku dah bekerja dalam dunia korporat hampir 15 tahun. Ternyata bos perempuan memang tak boleh pakai. Selain bebanan kerja, sikap cerewet majikan juga menyumbang kepada masalah depresi seseorang. -Gambar hiasan "Kalau boleh, elakkanlah dapat bos perempuan. Cerewet, cepat emo (emosi), tak pandai buat keputusan dan macam-macam lagi," tulisnya dalam satu ciapan di laman X. Menurut individu tersebut, pandangan peribadi itu disuarakan berdasarkan pengalamannya yang pernah berada di bawah seliaan kedua-dua gender. "Bos lelaki paling senang. Jenis boleh pakai dalam apa jua keadaan," tulisnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Bos gila seks, pihak atasan takut bertindak! Ramai bengang mangsa masih diam, bertahan - “Dia anggap kamu suka, nak lagi” ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja cuak bos bagi ‘query letter’ selepas keluar solat Jumaat... Dua tahun kerja tiada isu, tiba-tiba dapat surat Ternyata ciapan yang dikongsikan individu berkenaan mengundang perdebatan dengan rata-rata warga maya melontarkan hujah masing-masing. Bagi segelintir netizen, pandangan tersebut seolah-olah dibuat 'pukul rata' kerana sikap seseorang tidak boleh seratus peratus dinilai berdasarkan jantina. Bos perempuan memang banyak songeh tapi kerja mantap. Jadi pilihlah ikut tekak masing-masing. NETIZEN "Aku pun dah belas tahun dalam dunia korporat. Bos perempuan atau lelaki tak ada beza pun sebab benda ni bergantung pada sikap. Bos cerewet ni kadang sebab staf yang buat ala kadar... biasa staf lelaki. "Tak ada kena mengena dengan gender. Seratus peratus bergantung pada personaliti. Kalau okay, okaylah dia. Kalau tak, faham-fahamlah sendiri," demikian antara komen mereka. Manakala sebilangan yang lain pula berkongsi pengalaman masing-masing apabila berada di bawah ketua lelaki dan wanita. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Bos lelaki senang, mudah dan tak leceh. Tapi final job submission, be careful boleh jadi diaorang tak check betul-betul. Akhirnya ada silap. Bos perempuan, leceh, rumit, perfectionist tapi lebih teliti bila check kerja staf. Jadi ada pro dan kontra. "Pengalaman aku bos lelaki memang chill. Tapi bab kerja 'ke laut'. Bos perempuan memang banyak songeh tapi kerja mantap. Jadi pilihlah ikut tekak masing-masing. "Paling kena elak bos lelaki berperangai perempuan. You will get the worst of both worlds. Saya hanya bertahan dua bulan. "Daripada pengalaman saya, ada pro dan cons. Dah pernah nampak both male or female bosses ada kelebihan dan kekurangan yang similar. Laki ke perempuan ke, kalau tercuit tak kena tempat boleh jadi emo gila," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube