DUNIA kulinari merupakan satu bentuk seni melibatkan makanan yang sungguh halus nilainya. Bagaimanapun seperti mana-mana karya konvensional, mustahil untuk ia sepadan dan secocok dengan tekak setiap individu. Begitulah kisahnya melalui satu hantaran di laman TikTok, apabila seorang wanita dilihat seperti memperlekehkan hidangan fine dining yang disajikan kepadanya di sebuah restoran bertaraf lima bintang. Antara juadah 'fine dining' yang dicuba wanita itu. Wanita terbabit yang juga seorang personaliti media sosial kedengaran bergelak ketawa dan turut berjenaka ketika merasai setiap hidangan berstatus 'kayangan' tersebut. Difahamkan wanita itu dijemput ke restoran yang memiliki pengingtirafan Bintang Michelin berkenaan untuk memberikan reviu sempena pelancaran buat julung kalinya. Ketika memenuhi undangan, wanita terbabit dipersembahkan dengan beberapa sajian dalam kategori pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut yang kelihatan sungguh mewah. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini mula faham kenapa majikannya tak suka makan di warung... Bukan sebab kaya, ada sesuatu yang lebih ‘mahal’ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Admin’ warung ‘koyak’ dikritik pelanggan, siapa komen negatif diminta jangan datang lagi - “Kami tak layan orang murahan” Namun ketika mengakhiri perkongsian, wanita itu berkata dia lebih menggemari makanan di warung biasa berbanding hidangan premium yang baru dirasainya. "Hujung-hujung ke gerai juga. Makan tomyam seafood, telur dadar dan nasi putih. Tidak dilupakan teh O' ais mangkuk," ujar wanita itu pada penghujung video. Susulan video wanita tersebut yang tular sehingga meraih empat juta tontonan, seorang cef pastri tampil di laman X menjelaskan perspektifnya sebagai pemain industri. "Sebagai seorang cef, saya sakit hati tengok ada orang main-main dengan makanan macam ni. Tiada rasa hormat langsung ke? Orang dah jemput tu, makanlah secara berhemah. Pengalaman ketika menjamah hidangan fine dining tu yang penting, bukan nak kenyang semata-mata. WARGA MAYA "Apa yang dirasakan kelakar sangat tengok hidangan tu? Kalau tak suka boleh berikan ulasan secara bertamadun, tambahan pula kalau kali pertama cuba makanan tu. "Kalau rasa tak kena dengan jiwa, dipersilakan untuk tinggalkan tempat berkenaan, tak ada yang paksa awak untuk duduk lama-lama. Maaf, pada pandangan saya perlakuan sebegini sangat biadab," ujar cef itu membentangkan hujahnya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya meminta agar cef itu untuk tidak berbicara mengikut emosi. Warga maya berkongsi pandangan. "Sabar abang, saya faham kalau orang bercakap tentang kita punya kerjaya yang dibanggakan, memang senang jadi defensif. Tiada siapa pun sebenarnya yang buruk-burukkan makanan fine dining. "Cuma kami sebagai golongan marhaen yang baru nak mencuba, terasa sedikit janggal apabila makanan yang dibayar tu mahal tapi tidak mengenyangkan, kuantiti pun sedikit. "Mungkin abang sebagai cef boleh terangkan yang makanan fine dining ni lebih fokus pada deria rasa tu sendiri. Pengalaman ketika menjamah hidangan tu yang penting, bukan nak kenyang semata-mata," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube