SEORANG individu mendakwa anaknya patah kaki selepas terjatuh daripada sebuah kerusi yang baru dibeli pada April lalu. Dalam hantaran di grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM), individu itu turut bertanya sekiranya dia boleh mengambil tindakan ke atas kedai yang menjual perabot berkenaan. "Urgent nak tahu. Saya ada beli perabot meja makan set dengan kerusi. Masalahnya kat sini tak sampai sebulan beli... saya beli 26 April 2024. Imbasan kaki mangsa yang dikongsi oleh pelanggan itu menerusi Facebook. "Dipendekkan cerita, kerusi tu patah, menyebabkan anak saya jatuh dan kaki sebelah kiri patah. Persoalannya, boleh tak saya buat laporan? "Boleh tak saya ambil tindakan ke atas kedai itu? Rasa nak minta ganti rugi. Kesal sangat sampai kaki anak patah," soal individu yang tidak mendedahkan identitinya itu. Di ruangan komen, segelintir netizen menzahirkan rasa simpati atas kejadian malang yang menimpa anak pengadu. Boleh tak saya ambil tindakan ke atas kedai itu? Rasa nak minta ganti rugi. PENGADU Namun, rata-rata mereka turut sangsi akan punca kejadian itu dan meminta pengadu mengemukakan bukti sekiranya dia mahu mengambil tindakan selanjutnya. "Apakah bukti anak anda tidak misuse? Adakah dia guna kerusi tersebut dengan cara betul? Jika ada bukti seperti kamera litar tertutup (CCTV), baru boleh ke peringkat seterusnya. "Kena ada bukti CCTV juga untuk menyatakan kerusi tu tiba-tiba patah jika anak duduk diam dengan cara betul atas kerusi tu. Tanpa CCTV, semua orang boleh cakap anak saya duduk elok-elok atas kerusi tu, tiba-tiba kerusi patah. ARTIKEL BERKAITAN: Dewan exam di tingkat atas, pelajar patah kaki kecewa cikgu paksa naik tangga... Terus viral selepas mengadu di Facebook ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘kaki besi’ pasrah makan di luar kedai, risau pelanggan tak selesa! Lebih derita dari sakit putus cinta "Isu ini rumit. Banyak aspek akan disiasat. Antaranya adakah kerusi tu tiba-tiba patah dengan sendiri semasa anak sedang duduk? Ataupun dia misuse kerusi seperti buat jongkang-jongket dan sebagainya? "Kalau duduk elok-elok dan tiba-tiba jatuh, mungkin bahagian pinggul dan pinggang yang cedera. Tapi kalau kaki yang patah, rasanya mungkin anak awak tengah melasak waktu tu," ujar beberapa netizen. Set meja makan merupakan antara perabot yang paling penting dalam sesebuah kediaman. -Gambar hiasan Netizen turut berpendapat kejadian seperti itu adalah di luar bidang kuasa kedai perabot dan tuntutan berkenaan adalah tidak wajar. "Saya beli kereta guna pinjaman, kereta bank punya. Apabila kemalangan, tak boleh tuntut dengan bank. Sebab tu kena beli insurans untuk buat tuntutan. Nak fight di mahkamah boleh, menang belum tentu. "Apa pun kau nak tuntut, boleh. Ikut kau. Tapi menang belum tentu. "Kalau semua nak claim, maka tutuplah semua kedai perabot satu Malaysia ni bos," ujar beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube