suria

Doktor kerja non-stop sampai pengsan, jatuh sakit! Tular nota hospital minta maaf, pesakit mungkin kena tunggu 5 jam

Isu kekurangan doktor hangat diperkatakan selepas tular gambar nota yang ditulis pada papan kenyataan sebuah fasiliti kesihatan. -Foto media sosial

BUKAN di luar negara sahaja, tetapi kenyataannya isu kekurangan pegawai perubatan atau doktor turut berlaku di Malaysia.

Tular satu hantaran di media sosial, memaparkan gambar papan putih di sebuah fasiliti kesihatan yang memohon maaf dan memaklumkan pihak mereka berdepan dengan masalah kekurangan doktor yang serius.

Disebabkan situasi tersebut, pihak fasiliti berkenaan meminta para pesakit agar dapat memberi kerjasama dan menunggu dengan sabar sebelum diberi layanan.

"Minta maaf. Kami menghadapi kekurangan doktor. Masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam.

"Doktor kami kerja sampai naik pengsan dan sakit, masih kerja. Ada yang sudah letak jawatan, pergi swasta.

"Kami ingin berkhidmat untuk rakyat. Tetapi kami juga manusia... boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Minta maaf," demikian tulisan nota pada papan kenyataan tersebut.

pic 2

Bukan calang-calang cabaran dan bebanan petugas kesihatan kerana terpaksa berkorban masa dan tenaga demi masyarakat. -Gambar hiasan

Foto papan kenyataan itu tular selepas dimuat naik oleh seorang pelayar di akaun Facebook miliknya.

"Katanya berlaku di Hospital ***, betulkah?" tulisnya pada kapsyen, merujuk sebuah hospital di utara tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah bergelar doktor pelatih... pemuda kongsi kisah perit selepas resign, 3 tahun mohon berpuluh kerja tapi pengawal keselamatan pun tak dapat!

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu mental sihat selepas 7 tahun teruk belajar, doktor tinggalkan bidang perubatan - “Saya terperangkap dalam dunia yang saya tak suka”

Sementara itu dalam hantaran yang berasingan beberapa jam lalu, pelayar tersebut memberitahu dia dimaklumkan bahawa individu yang menulis di papan kenyataan berkenaan telah diberikan surat tunjuk sebab.

"Kepada tuan individu itu, tunjukkan sebab kepada mereka dengan sebenarnya. Tempekkan balasan surat tersebut kepada dahi mereka.

"Semoga dengan asbab penularan hantaran saya ini dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah tidak cukup tenaga kerja di jabatan tuan," tulisnya lagi.

Ada kawan kerja doktor Hospital ***, memang susah nak nampak dia kat rumah, dia balik tidur tiga hingga empat jam lepas tu tengah-tengah malam kena pergi balik kerja.

NETIZEN

Sehingga kini, hantaran yang dibuat oleh pelayar tersebut meraih 745 shares di Facebook, selain turut dikongsikan semula di platform X.

Menjengah ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang mengakui kebenaran isu yang diperkatakan di hospital berkenaan.

"Yes betul. My friend is one of the doctor in Hospital ***. Last contact semalam bertanya khabar. Department yang besar sekarang tinggal lapan orang saja medical officer. Dia sendiri dah tiga kali hujung minggu kena oncall.

"Ada kawan kerja doktor Hospital ***, memang susah nak nampak dia kat rumah, dia balik tidur tiga hingga empat jam lepas tu tengah-tengah malam kena pergi balik kerja," demikian komen mereka.

komen doc

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Justeru, rata-rata warga maya menggesa pihak yang berkaitan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar mengambil perhatian yang serius mengenai situasi tersebut.

Malah mereka turut membuat pautan kepada akaun media sosial rasmi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan juga KKM agar memberi maklum balas berhubung isu yang tular.

Untuk rekod pada Selasa, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya merangka Pelan Induk Sumber Manusia bagi mengatasi isu kekurangan doktor dalam sektor kesihatan negara ini.

Ujarnya, pelan itu adalah solusi jangka panjang yang akan dipadankan dengan fasiliti yang dimiliki Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain