suria

Wanita syukur berwajah cantik, kerja jadi mudah! Cuma tiduri client untuk dapat projek, bos gembira ‘duit tepi’ pun masyuk

Gejala rasuah berupa seks merupakan satu kesalahan dalam pekerjaan. -Gambar hiasan

LUMRAH dalam dunia pekerjaan, setiap pelanggan perlu dilayan dengan baik kerana mereka adalah sumber yang menyumbang kepada pendapatan syarikat.

Namun, seorang wanita meraih kecaman di platform X apabila membuat pengakuan tentang hubungan sulit yang dijalinkan dengan salah seorang pelanggan.

Menurut wanita itu, dia tidak kisah untuk menyerahkan maruah diri, asalkan pelanggan tersebut bersetuju memberi projek untuk majikannya.

Sexual harassment

Setiap pekerja perlu menjaga batas antara satu sama lain. -Gambar hiasan

"Saya kadang-kadang bersyukur jadi cantik. Semalam layan client dari India atas katil. Senang dapat projek daripada client tu.

"Bos saya gembira dapat duit, dapat projek. Saya tak kisah orang nak panggil saya b***n asalkan saya dapat capai apa yang saya nak dalam kehidupan," ujar wanita itu.

Pengakuan panas wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu dikongsi menerusi platform X pada pagi Selasa.

Semalam layan client dari India atas katil. Senang dapat projek daripada client tu.

PEKERJA WANITA

Meskipun tiada butiran lanjut yang dikongsikan wanita itu, pengakuan berkenaan berjaya meraih perhatian netizen sehingga dia teruk dikecam.

Rata-rata netizen meminta wanita itu tidak menggadaikan maruah diri, apatah lagi jika dia seorang yang beragama Islam.

"Astaghfirullah anon ingat dunia ni tempat sementara sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Indahnya taubat... Pasangan berzina sebelum nikah diuji rezeki sempit, serba-serbi tak cukup! - “Masa tu tak fikir kifarah”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami angkut skandal balik rumah, buat maksiat waktu solat Jumaat! Isteri nampak ‘wanita’ melalui kamera pantau kucing

"Hidup bukan selamanya anon, bekal apa nak bawa ke akhirat?

"Kita tak hidup selamanya untuk hidup bertuhankan duit," tulis beberapa netizen.

Seorang netizen turut menggelar wanita itu sebagai 'pelacur korporat' kerana kesanggupannya menggadaikan maruah demi kerjaya.

(File PIX) photo of sex abuse at work place.(October 22, 2021) - AZHAR MAHFOF/The Star

Skandal di tempat kerja boleh memusnahkan kerjaya. -Gambar hiasan

Individu lain turut menyelar wanita itu, tak kurang juga yang berkongsi pengalaman berdepan pelanggan yang gatal ketika bekerja.

"Gila. Sebelum ni aku buat sale kejap. Jumpa client yang gatal-gatal sikit pun aku dah malas layan. Sebab itulah tak dapat close tender dan projek.

"Pening kepala baca. Inikah yang dinamakan beauty privilege?

"Orang lain dapat pencapaian lagi hebat tanpa perlu gadai tubuh pun," tulis netizen lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan memberi rasuah berupa habuan seks merupakan satu kesalahan jenayah di negara ini.

Malah, setiap umat Islam perlu menjauhi rasuah dan maksiat kerana ia merupakan larangan dalam agama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain